Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Pernah dengar istilah common sense?
Secara falsafahnya, ia bermaksud keupayaan minda untuk melihat dan mentafsir perkara-perkara seperti pergerakan dan saiz (logik akal).
Selain itu, ia juga membawa maksud rasa semulajadi manusia terhadap manusia lain dan masyarakat. Ia adalah cara dan keupayaan kita untuk hidup dalam sebuah masyarakat dengan harmoni.
Atau dalam bahasa mudahnya untuk difahami, “Benda tu tak perlu suruh pun anda boleh fikir sendiri”.
Pun begitu, hal ini boleh dikaitkan dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis tidak mengutip kembali cawan selepas tertumpahkan air di dalam lif telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wanita8687, kelihatan rakaman CCTV seorang gadis sedang berjalan untuk masuk ke dalam sebuah lif dengan tangan yang penuh.
Lif yang hampir tertutup menyebabkan gadis ini hilang sedikit imbangan lalu tertumpahkan air yang dipegangnya dalam kuantiti banyak dekat lantai lif.
Walaupun air yang dipegang gadis tu tumpah dengan banyaknya, gadis tersebut langsung tak kutip balik cawan kat lantai dan hanya selamba tekan butang lif untuk pergi ke aras lain.
Kemudian, dia tidak sengaja terlanggar pintu lif dan membuatkan cup berisi air yang dipegangnya tertumpah. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia keluar dari lif tanpa mengutip cup tersebut.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 1.8J tontonan, 51.2K tanda suka, 1962 komen dan 229 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dan tidak berpuas hati akan tindakan gadis tersebut membiarkan cawan jatuh dan menganggap dia seperti tidak mempunyai common sense.
Malah ada juga yang mengecam orang terakhir yang keluar tetapi tidak membantu gadis itu menahan lif.
Antara komen warga netizen:
“Laa..sekurang2nya ambil la buang bekas cwn tu.. adoi!”
“Kalau nampak orang tangan full tu tolong la dia. Jangan la dibiarkan begitu sahaja”
“Dia sbnrnya kena sabar, kalau ikut cara yg btl, tunggu org keluar dulu, baru masuk..”
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Sumber: TikTok @wanita8687