Sebagai seorang manusia, kita sepatutnya memiliki sikap sensitif dan ‘common sense’ terhadap sesuatu perkara ataupun situasi.
Bagaimana pun, sifat tersebut seolah-olah ‘pupus’ pada zaman kini malah ramai yang bersifat mementingkan diri sendiri dan menggunakan orang lain demi kepentingan sendiri.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu yang dikenali sebagai Athirah selamba meminta surat kematian adik rakannya semata-mata kerana mahu mohon cuti kecemasan buat ramai kurang senang.
Menerusi laman Twitter @asyraffmfauzi atau mama sebenarnya Asyraff Mohd Fauzi yang juga abang kepada arwah meluahkan rasa terkilan dengan tindakan melampau individu itu dan mempersoalkan adakah dia tidak reti menghormati orang yang baru meninggal dunia.
Manakan tidak, keluarga sendiri pun pada ketika itu masih belum menerima apa-apa maklumat tentang keputusan kematian dan masih menunggu panggilan daripada pihak hospital.
Asyraf turut tampil menegaskan bahawa pendedahan tersebut bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa dan jauh sekali untuk menghina malah hanya memberi peringatan agar lebih menghormati sensitiviti orang lain.
“Saya sebagai abang arwah, bukan apa, saya rasa terkilan. Sebab kami sekeluarga pun belum dapat apa-apa result dari hospital. Tunggu panggilan.”
“Harap saudara dan sahabat, mendoakan yang baik-baik sahaja hentikan kecaman. Tujuan untuk peringatan semua. Jangan normalise benda-benda macam ni. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi.”
“Tujuan saya post benda macam ini. Untuk kesedaran & peringat semua bukan niat nak memalukan siapa2 atau hina siapa2 . Cuba tanya kabar dahulu dengan cara yang betul. Cara yang salah boleh menyingung perasaan orang lain. Lagi2 soal Kematian.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan wanita tersebut malah menyifatkannya sebagai seorang yang tidak menghormati orang lain dan mementingkan diri sendiri.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: