Setiap ibu yang hamil pasti tidak sabar menunggu saat kelahiran cahaya mata mereka. Manakan tidak, tentunya itu saat yang dinanti-nanti selepas penat lelah hamil selama 9 bulan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu yang berkongsi wajah anak nya selepas bersalin mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fykashafei di laman TikTok, dapat kita lihat anaknya itu berkulit sedikit gelap ketika dilahirkan sehinggakan wanita ini sempat berseloroh mengatakan dia sendiri tidak tahu dimana silapnya.
“Mamy tak tahu la dosa mamy yang mana mengata siapa hahahaha ..” ujarnya di ruangan kapsyen.
Bagaimana pun, menerusi gambar lain yang turut dikongsikan dalam video yang sama, anaknya itu berubah menjadi semakin cerah hari demi hari bahkan ‘glow up’ nya itu membuatkan ramai yang geram.
Difahamkan, anaknya itu terkena penyakit kuning yang agak lama daripada selepas dilahirkan sehingga tamat tempoh berpantang.
Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga akui geli hati apabila mengingat kembali saat anaknya dilahirkan malah dia dan suami menyangka warna kulit anaknya itu akan kekal namun sangkaan mereka salah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat perkongsian yang dikongsikan oleh wanita ini.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsi pengalaman di mana kulit anak berubah menjadi sendikit gelap oleh kerana penyakit kuning yang dialami ketika lahir.
Antara komen warga maya:
“anak saya sehari je putih melepak..”
“dah besar mamy kena jaga elok2 takut berebut anak dara offer nak jadi menantu mamy”
“mungkin duduk bawah lampu masa kuning”
“masa baby pakai baju putih tu comel betul”
Video yang tular di laman TikTok: