Connect with us

Viral

Taktik T20 Kedekut Nak Makan Free Terbongkar! Ambil Makanan Dari Rider Tapi Buat Aduan Makanan Tak Sampai!

Acapkali kita lihat di media sosial dimana rider makanan menjadi mangsa tipu helah individu yang tidak bertanggungjawab dan yang paling ‘famous’ adalah prank order.
Iospital phone repair gombak
Tindakan pelanggan seperti ini nyata hanya mementingkan diri dan tidak memikirkan akan kesusahan orang lain mencari rezeki halal.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider mendedahkan perangai sebenar pelanggan dari golongan ‘T20’ sekaligus membuatkan ramai terkejut!

Menerusi sebuah perkongsian di dalam Grup B40 Buat Perangai Apa Harini di Facebook, dia berdepan kes tuduhan kononnya makanan yang dipesan tidak dihantar dan pelanggan cuba mendapatkan bayaran balik bagi pesanan dibuat.


“Hari ni aku bukan nak cerita fasal B40 (Below 40), tetapi T20.”

“Aku hanya rider food saja. Dah dua hingga tiga kali terjadi apabila aku sampai rumah customer, call tak jawab, tekan loceng tak buka pintu. Alih-alih dapat aduan kononnya makanan tak sampai,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun, demi tidak mahu perkara sama berulang, lelaki ini berkongsi kisah bagaimana dia berjaya mengatasi masalah diperdaya oleh pelanggan yang melakukan helah bagi mendapatkan makanan percuma.

“Ada hari tu saya dapat job hantar makanan Korea (hidangan makanan ala Korea) ke Mont Kiara. Rumah kawasan orang ada-ada (golongan berada).”

“Sampai saja depan rumah dia, saya telefon dua hingga tiga kali tak dijawab, tekan loceng tak buka pintu tapi saya perasan ada orang mengintai daripada langsir.”

“Saya letak makanan atas tembok pagar dan saya tahu dah modus operandi si T20 ni nak makanan free. Saya start motosikal jalan depan sikit dan berhenti bawah pokok.”

“Dalam tiga hingga empat minit keluar tuan rumah tu. Ambil makanan atas tembok sambil saya merakam dengan handset,” katanya lagi.”

Sangkaan lelaki ini tidak meleset apabila selang 40 minit kemudian, dia menerima panggilan daripada wakil khidmat pelanggan syarikat penghantar makanan.

Dalam aduan tersebut, pelanggan ini menyatakan bahawa makanan dipesan tidak diterima.

Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut meminta pulangan wang sebanyak RM100 sebagai ganti.

“Saya bagi gambar nombor rumah dan makanan yang saya letak tadi kepada customer service. Pelanggan masih mempertahankan bahawa dia tak terima makanan tu.”

“Akhirnya saya bagi bukti video pula. Barulah dia mengaku kononnya lupa padahal dah masuk perut, jadi tahi dah makanan tu.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sesetengah individu yang hanya ingin ‘makan free’ dan akhirnya menganiaya penghantar makanan.

Antara komen warga maya:

“Kena ingat la sama halal haram”

“Pada rider, dah hantar minta izin untuk amik video or gambar sebagai bukti penyerahan pesanan..”


“Betul.. benda ni memang pernah terjadi.. kesian rider..”

“Teruknya perangai.. naya orang..”

Tekan sini untuk lihat perkongsian asal.

Continue Reading
Advertisement