Connect with us

Semasa

“Takut kucing is real! Jangan main2” Wanita Ini Jelaskan Tak Lawak ‘Prank’ Kawan Ailurophobia

Mesti antara kita ni ada yang takut kucing kan? Kadang tu ada yang muka nampak garang, badan nampak sasa, tapi sekali bila nampak haiwan comel ni lalu, terus tak tentu arah.

Ada juga yang sampai melompat kerana terlalu takut dengan kucing.

Video di bawah merakamkan seorang lelaki yang kena prank dengan rakan rakannya. Mesti rasa terhibur kan dapat menyakat kawan yang takutkan kucing ni, sampai menangis dibuatnya.

Namun begitu, bagi Sabrina Baharin, perbuatan itu agak keterlaluan kerana dia dapat rasa bagaimana perasaan lelaki yang kena prank itu.

 

Video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila lebih 11,000 netizen yang retweets video tersebut.

Ada yang menganggap itu lawak dan ada pula yang marah kerana beranggapan ianya membuatkan kucing itu berasa terancam dan membiarkan haiwan itu dalam ketakutan.

Menurut Sabrina di laman twitternya, ianya bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main atau dibiarkan kerana dia juga sama seperti mangsa yang kena prank itu.

Untuk pengetahuan korang, ‘penyakit’ takut dengan kucing ini sememangnya wujud dan ia dinamakan Ailurophobia.

Mangsa dilihat benar benar takut dengan kucing, jadi ianya bukan satu benda yang lawak. Kata Sabrina.

APA ITU AILUROPHOBIA

Menurut laman web Healthline, orang yang menghidapi Ailurphobia ini akan mengalami

  • Sakit atau kesesakkan dada
  • Peluh atau detak jantung bermasalah
  • Sukar bernafas, pening, atau loya
  • Resah terutamanya memikirkan masa depan di mana kucing akan hadir

Itu dari fizikal, dari psikologikal pula penghidap akan rasa :

  • Panik dan takut
  • Resah ke tempat baru, risau kalau ada kucing
  • Anxietty bila dengar suara kucing

Gejala-gejala ini juga mampu mempengaruhi kelakuan seharian penghidap. Contohnya, mereka akan berasa takut apabila menziarahi rumah rakaannya yang membela kucing.

Antara kemungkinan puncanya adalah mereka pernah diserang kucing pada usia muda atau melihat orang lain yang kena.

Faktor genetik dan alam sekitar juga boleh memainkan peranan.

Jadi, orang sebegini tak boleh dibuat main ya. Tambahan pula mereka yang mempunyai masalah jantung lagi susah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.