Connect with us

Selebriti

“Takut nanti you guys merangkak cari saya..” Dakwa Sebar Fitnah, Carl Samsudin Minta Artis Influencer Datang Minta Maaf

Bila bercakap tentang adab, ianya seoah olah satu perkara remeh namun hakikatnya sangat penting dalam kehidupan seharian kita yang kini semakin pudar dalam diri masyarakat.

Adab adalah satu perkara yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit namun harus dipupuk sejak kecil, bahkan ianya juga akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Tempoh hari, hangat diperceritakan tentang kejadian melibatkan seorang usahawan yang didakwa meninggikan suara terhadap gelandangan warga emas.

Kejadian itu mendapat pelbagai reaksi warga netizen.

Walaupun begitu, ramai juga di kalangan artis meluahkan rasa geram dengan tindakan usahawan tersebut yang disifatkan berlagak serta kurang ajar.

Staf terpalit isu keluarkan kenyataan seakan-akan provokasi…Dah tampil mint maaf

Tak cukup dengan itu, nama usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Carl Samsudin sekali lagi terpalit apabila salah seorang pekerjanya telah memuat naik beberapa Instagram Story yang didakwa berbaur ‘double meaning‘ ke atas individu bernama Cik Epal.

Namun semalam, masing-masing telah pun tampil meminta maaf atas ketelanjuran kata tersebut.

Jangan fitnah saya lagi dengan komen anda yang tak tahu asal usul cerita dari 3 tahun lepas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALHAMDULILLAH ❤️ (@carlsamsudin)

Terkini, Carl telah memuat naik kenyataan mengatakan segala isu berkaitan staf bawahannya telah pun diselesaikan.

Dalam masa yang sama , usahawan tersebut turut menegur untuk netizen tidak terus menerus menabur fitnah selain mengaitkan isu beberapa tahun lepas.

Akan membuat kenyataan rasmi

Carl Samsudin menegaskan akan membuat kenyataan rasmi tentang kisah sebenarnya yang telah terjadi beberapa hari lepas dalam masa terdekat.

“Stop guys, Dah boleh you guys terutama influencer and artist/celebrity plan bila nak berjumpa saya and team. InsyaAllah bila berjumpa nanti saya cuba maafkan.”

“Guys. Semalam dah settle segalanya guys. Jangan fitnah saya lagi dengan komen-komen anda semua yang tak tahu asal usul cerita dari 3 tahun yang lepas.

“InsyaAllah akan diceritakan semua dalam masa terdekat ini. Jangan ditambahkan api yang sudah hampir malap.

“Saya takut nanti you guys merangkak kena cari saya untuk mohon maaf. Rileks.”

Menyeru untuk tampil bersemuka

Carl Samsudin turut menjelaskan bahwa peluang untuk meminta maaf secara terus masih lagi terbuka bermula hari ini kepada mana mana artis atau influencer yang telah ambil bahagian dalam menyebarkan lagi fitnah berkenaan.

“Kepada yang mengata saya, memfitnah saya, menyebarkan berita palsu pasal saya sejak 3 tahun lepas mohon hari ini mula berhenti secara total.

“Mula fikir macamana nak jumpa saya untuk mohon maaf. Sebabnya saya akan explain nanti secara lengkap.

“Untuk influencer, artist/celebrity yang telah menyebarkan dan memarakkan lagi fitnah selama ini. Boleh mula berjumpa saya, sementara saya masih ada ini.

“Alhamdulillah akhirnya setelah 3 tahun. Berkat doa ibu, keluarga, rakan-rakan, team dan followers saya. Allah bersama kita,”


Rata-rata pengikut usahawan tersebut memberikan pandangan yang berbeza mengenai muatnaik tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.