Connect with us

Viral

Tamatkan Marathon 42KM Dalam Masa 3 Jam, Pakcik 50 Tahun Berlari Sambil Menghisap Rokok

Menyertai pertandingan maraton bagi golongan yang sudah berumur sudah pastinya bukan mudah.

Selain faktor umur, tahap kesihatan juga menjadi antara punca mengapa ramai orang tua tewas dalam acara sebegini.
Iospital phone repair gombak
Malah, acara maraton memerlukan stamina dan kekuatan mental dan fizikal yang kuat.

Bagaimanapun, tular baru-baru ini seorang lelaki tua membuktikan usia bukanlah penghalang untuk menamatkan maraton!

Kejadian yang berlaku di China ini telah menarik perhatian netizen apabila seorang pak cik berjaya menghabiskan larian maraton sepanjang 42 kilometer dalam masa 3 jam 28 minit dan 45 saat.

Acara maraton Xin An Jiang telah diadakan di Jiande, pada 6 November lalu. Yang lebih unik, pak cik berusia lingkungan 50-an bernama Chen ini menghabiskan maraton sambil menghisap rokok!

Sepanjang larian tersebut, Chen dilihat membawa sebungkus rokok dan menghisapnya sepanjang larian maraton. Menurut laporan media China, Sohu, Chen menamatkan perlumbaan 42 kilometer dalam masa 3 jam 28 minit dan 45 saat, meletakkan dia di tempat ke-574.

Melihat daripada gayanya, ini bukanlah kali pertama Chen menyertai acara sebegini. Malah lapor HK01, difahamkan, dia membuat penampilan sulung pada 2017 dan aktif menyertai semua jenis maraton sehingga 2019.

Rekodnya semakin meningkat sepanjang tahun apabila dia membuat catatan masa pada 2018 dengan rekod 3 jam dan 36 minit, 3 jam dan 32 minit pada 2019, dan 3 jam dan 28 minit tahun ini.

Pun begitu, netizen China berpendapat menghabiskan maraton sambil merokok bukan sesuatu budaya mahupun contoh yang sihat ataupun baik. Sebaliknya tindakannya itu dikritik dan dianggap lucu oleh segelintir pihak.

Meskipun tabiat merokok adalah buruk, tidak dapat dinafikan kecergasannya menghabiskan maraton, bersaing dengan golongan yang lebih muda daripadanya.

Di samping itu, diharapkan tindakan Chen ini tidak diambil sebagai contoh kepada orang ramai.

Continue Reading
Advertisement