Connect with us

#MalaysiaBaru

Tan Sri Muhyiddin Jadi Tumpuan Negara Luar! Rakyat Thailand Bandingkan Reaksi Ucapan PM Dua Negara

Seluruh dunia ketika ini sedang berada dalam kesulitan dengan berdepan wabak virus COVID-19.

Setiap negara telah melakukan pelbagai usahadalam menjamin kesihatan rakyat mereka daripada terkena tempias COVID-19.

Malah, harus diakui ianya bukan lah hal yang mudah di mana saat ini lah kebajikan mereka ada yang terlepas pandang.

RAKYAT THAILAND BANDINGKAN DUA PEMERINTAH NEGARA

Dalam memastikan maklumat disalurkan dengan tepat kepada rakyatnya, Perdana Menteri (PM) memegang amanah untuk menyampaikan perutusan yang dibuat oleh kerajaan.

Terbaru, seorang rakyat Thailand yang dikenali sebagai Volt Narawat Wangapakul telah membandingkan cara PM negara tersebut dan juga PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap.

Difahamkan PM Thailand, Prayut Chan-o-cha tidak tegas setiap kali berucap perihal rakyat yang melanggar perintah berkurung. Tiada tindakan susulan yang dibuat untuk mengekang wabak ini berbanding negara Malaysia.

TINDAKAN PM MALAYSIA MENERIMA REAKSI LEBIH BAIK DARI NEGARA JIRAN

Tan Sri Muhyiddin pula dilihat mengenakan pelbagai usaha yang jauh lebih baik dengan melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini menandakan kerajaan sangat komited dengan kesihatan rakyatnya.

“Apabila PM Thailand dan Malaysia berucap, lihat situasi dan penilaian daripada rakyat sendiri. PM yang bagaimana yang kita mahukan?” Tulis Volt Narawat Wangapakul.

Lihat sahaja perbandingan paparan ucap tama kedua pemimpin berkenaan. Boleh dilihat Prayuth dipenuhi dengan emoji tanda tidak suka oleh pengguna Facebook di negaranya jauh dibandingkan dengan PM Malaysia yang menerima reaksi positif.

Perkara ini bukan cerita mengenai pemerintah sahaja, malah rakyat turut memainkan peranan dalam menyokong setiap usaha yang dibuat oleh kerajaan ketika ini.

Jadi, marilah kita sama-sama doakan agar rakyat Malaysia terus kekal positif dalam menyokong usaha kerajaan dan diharapkan kebajikan rakyat juga sentiasa menjadi kepentingan utama.

Sumber: Meecks

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.