Connect with us

Viral

Tanam Pokok Pisang Dengan Bendera Dalam Jalan Rosak Gara-gara Bosan Menunggu Tindakan Pemerintah

Isu jalan raya berlubang bukan sesuatu yang baru lagi terutama sekali di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia mahupun Thailand. Walaupun sudah dibuat aduan, pihak bertanggungjawab seolah-olah memejamkan mata untuk isu tersebut.

Kerosakan permukaan jalan raya bukan sahaja menyukarkan perjalanan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut, malah boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.

Menurut laporan Suara, di Jakarta baru-baru ini tular dengan penduduk kampung nekad menanam pokok pisang di tengah jalan raya yang rosak gara-gara tidak puas hati dengan sikap pemerintah yang enggan mengendahkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Dapat dilihat jalan raya yang rosak bukanlah di tahap minima namun sudah semakin parah sehingga rata-rata permukaan jalan berlubang dan telah menakung air hujan sehingga boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Dalam pada itu, seorang pengguna Instagram bernama @kodilo127 juga turut berkongsikan sebuah video memaparkan pengguna jalan raya tidak memiliki akses jalan raya memandangkan keadaannya yang semakin kronik.

Akibat geram dan kecewa, sekumpulan penduduk setempat telah bertindak menanam pokok pisang yang sudah besar di sepanjang jalan berlubang tersebut sambil mengenakan bendera kebangsaan pada pokok pisang bersempena dengan Hari Kemerdekaan Indonesia, HUT-RI ke 77.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Sangiang, Desa Pabuaran yang terletak di Jawa Barat.

Dalam pada itu, antara kesan daripada jalan yang rosak ini adalah melambatkan perjalanan selain berpotensi untuk membahayakan pengguna yang melaluinya terutama sekali pada waktu hujan.

Penduduk turut berharap agar isu ini segera diselesaikan kerana difahamkan jalan raya tersebut telah rosak selama berbulan-bulan. Keadaan yang sama terjadi di Kecamatan Selagai Lingga, daerah Lampung Tengah sehingga tular video penduduk memancing di atas jalan yang berlubang.

Ada juga penduduk yang turut membuang ikan keli ke dalam lopak yang dipenuhi air dan lumpur. Mereka melakukan perkara sedemikian disebabkan geram dengan sikap pemerintah yang tidak memperbaiki jalan raya meskipun telah rosak sekian lamanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.