Connect with us

Viral

Tangan Dimasuki Cacing, Ibu Risau Anak Sampai Tak Boleh Tidur Malam

Anak-anak yang sedang membesar sudah pastinya lasak dan aktif dalam melakukan aktiviti seharian.

Dalam lingkungan ini juga mungkin pelbagai jangkitan kuman akan terkena pada badan kanak-kanak.

Baru-baru ini seorang ibu yang dikenali sebagai Munni telah berkongsi pengalaman di mana tangan anak lelakinya, Adam dimasuki cacing.

Munni terpaksa berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan buat Adam sehingga Adam terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu lebih.

Menurut Munni, Adam dibawa pulang ke kampung sebelum bulan puasa dan anaknya pula gemar bermain pasir di kampung.

Segala jenis pasir Adam main dengan tangannya. Mungkin dari situ Adam terkena jangkitan kuman.

Pada mulanya Adam diberi ubat tablet. Namun kanak-kanak lelaki itu masih merasakan seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam tangannya.

Adam dibawa ke klinik lain pula dan doktor yang merawat turut terkejut melihat tangan Adam. Adam sekali lagi diberi ubat tapi kali jenis cecair.

Semasa dalam proses pemulihan, tangan ada mengalami bengkak dan sakit. Namun kini tangan Adam dikhabarkan sudah semakin pulih dan tiada lagi rasa sakit.

Kini, video yang dimuat naik oleh @munni_bonia91 telah mencecah tontonan sebanyak 87.6 ribu!

Video yang tular di laman TikTok

@munni_bonia91 Kisah Tangan Adam termasuk cacing 😭😭 Sebelum nak puasa haritu balik kampung , biasa lah adam kalo balik kampung mok gak seronok dia blh main pasir 😅 memg main sungguh2 laa pasir tu . pasir yg org wat rumah pon main , pasir tanah gambut pon dia main siap korek2 ngn tangan lagi 🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️ muni bagi main tu sebab sebelum ni ok jer xde masalah . Tapi kali ni tak oiii 🤧🤧 #fyp #cacingmasukdlmtangan ♬ Sad Song – Silver Ash

Menjengah ke ruangan, ramai para ibu yang berkongsikan cerita yang sama di mana anak mereka juga pernah mengalami penyakit yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“allah..risau plk..anak sy suka main pasir..penat dah larang..tp tetap jgk p main pasir..”

“ank saya baru kena kat tapak kaki. doc bg ubat sapu, antibiotik, dgn ubat cacing. seram tengok 😩”


“Bertabah lah adik dan mak nye…x bg main bbdk misti nk main jugak itu lah kehidupan bdk..🥺”

“anak sye pun pernah kena smpai besar kesan tu msih ade sbb dh makan dgg dia….ubt memg antibiotik”

“anak pn pnh kena…dokter ckp cacing kucing…menjalar jea dlm kulit..gatai jg”

“kne mkn antibiotik bru ok…ank sy 2 kali dh kne…”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.