Connect with us

Viral

Tangan Terketar Pertama Kali Dapat Makan, Guru Sanggup Belanja Besar Bawa 30 Murid Ke KFC Undang Sebak Netizen

Terdapat pelbagai jenis restoran makanan segera diusahakan diMalaysia seperti Mc Donalds, KFC, Pizzahut dan banyak lagi.

Secukup rasa, mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa. Namun pun begitu, tidak semua daripada kita mampu untuk membeli makanan tersebut.

Lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru bernama Ismaniza Fahida Ismail, 30 sanggup berbelanja besar untuk membawa sekumpulan 30 anak muridnya ke restoran KfC mencuri pehatian ramai.

Memetik laporan mStar, Wanita ini sudah berjanji untuk belanja anak muridnya sekiranya mereka hadir ke sekolah serta menyiapkan tugasan yang diberikan.

“Saya pada mulanya nak tarik minat budak-budak supaya kehadiran ke sekolah penuh dan untuk membuat kerja sekolah. Mereka nampak seperti kurang minat untuk buat, jadi saya janji siapa buat kerja, nanti saya belanja dan kebetulan semua buat.”

“Jadi saya tanya secara rawak apa yang mereka teringin nak makan dan 90 peratus jawab KFC.”

“Dari situ saya mula tanya sorang-sorang sebab saya hairan kenapa mereka jawab KFC dan 98 peratus cakap mereka tak pernah makan apatah masuk KFC, yang biasa makan tu pun sebab orang bagi dekat rumah,” katanya yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Kedah.

“Masa mereka cakap tak pernah makan tu Allahu, sakit dada saya, teringat kisah saya masa kecil dulu pun macam ni, hanya dapat makan dari ihsan orang. Saya pun kenal KFC masa umur 18 tahun, waktu belajar di maktab perguruan, kawan-kawan yang ajar makan.”

“Sebagai guru saya tahu latar belakang mereka, ada ayah meninggal, bercerai, ada yatim piatu, jadi dari situ nikmat hidup pasti kurang, jadi saya berazam untuk bawa mereka makan dekat KFC,” katanya yang menetap di Baling.

Menerusi video yang tular itu, dapat kita lihat reaksi teruja dan ceria murid-murid ini apabila dibawa ke KFC cawangan Baling.

“Masa sampai KFC tu mereka terlompat-lompat seronok, ada yang terketar tangan, punya la happy.”

“Paling sedih bila tengok mereka teruja tengok sos keluar dari pam, semua bunyi ‘wow’, mereka hairan, lepas tu mereka tanya kenapa tak letak dalam botol sos, masa tu kita boleh tahu yang mereka memang betul tak pernah masuk KFC,” katanya, sambil menambah anak muridnya terdiri daripada darjah dua, tiga dan lima.”

“Saya rasa bangga sangat bila mereka kata nak bawa balik, dari sini kita tahu sikap anak murid kita.”

“Saya sengaja beli kombo besar untuk setiap orang sebab saya tahu orang susah kalau dapat makan sedap mereka tak sabar nak bagi ahli keluarga lain rasa,” katanya.

Tindakan ibu kepada tiga anak itu membawa anak muridnya ke restoran makanan segera itu bagaimanapun tidak terlepas daripada kritikan.

“Ada yang cakap, kan mudah beli dan bawa ke sekolah untuk mereka makan, perkara yang orang anggap mudah tu la sebenarnya yang menjadi harapan besar murid-murid ni.”


“Mereka tak pernah makan dalam KFC, itu impian mereka, untuk orang biasa mungkin mereka rasa benda ni remeh, tapi bagi mereka ni KFC tu sesuatu yang mahal dan sukar dicapai, ibu bapa mereka akan kata beli beras lebih baik dari KFC,” katanya.

Menurut Ismaniza, dia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membantu anak muridnya.

“Sebelum ni saya bercuti tanpa gaji selama enam tahun, dari 2016- 2021, saya mula berkhidmat semula 24 Disember 2021, saya bercuti sebab nak jaga anak, jadi masa tu saya bantu suami saya uruskan perniagaan kosmetik dan skin carenya.

“Saya memang dah lama nak bantu anak-anak murid saya tapi dulu tak mampu, Alhamdullilah dengan hasil perniagaan tercapailah impian saya untuk bahagiakan anak-anak murid saya,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@cikpuangojes

Cikgu janji… PART 2

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

@cikpuangojes

Alyamdulillah.. 1 biji van dan 2 biji kereta bawak anak2 mai makan kepci.. suka depa.. terima kasih auncle aunty yang membantu.

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

@cikpuangojes

Part 3 KEPCI

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

@cikpuangojes

PART 6 – kepci uwais kembaq

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Dalam mas ayang sama, suami wanita ini Mohd Rozaini Khazali, 39 menepis sekerasnya dakwaan yang mengatakan ini meerupakan salah satu cara untuk mempromosikan jualannnya.

“Kami bercinta sejak dari tingkatan empat, cikgu ni memang sikap dia macam tu, peramah, suka tolong orang kadang sampai habis licin gaji dia.”

“Kalau ada yang nak kata dia ambil kesempatan tu terpulang pada pandangan masing-masing.”

“Masa susah pun dia memang suka buat benda-benda macam ni, kalau kaya raya takkan dia nak berhenti, mesti lagi banyak dia buat, lagi ramai dapat manfaat,” katanya, sambil menambah ikhlas atau tidak itu urusan isterinya dengan Allah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.