Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.
Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tangan wanita ini tersepit di pada ruang kecil yang ada di sebelah tempat duduk pemandu mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @princess dayah, kelihatan wanita ini sedang berada di dalam kereta sambil merakam situasi yang tidak mungkin akan dilupakannya.
Dapat juga kita lihat sekumpulan ahli bomba ‘turun padang’ demi membantu wanita itu mengeluarkan tangannya yang tersepit itu.
Dalam masa yang sama, wanita ini juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana bertungkus lumus membantunya.
“pertama kali call 999 sebab tangan tersangkut.. pengalaman pertama dan agak memalukan.. nak buat macam mana kita pun tak minta nak jadi.. thankyou abang2 bomba yang cukup sporting.. adoii maluu oii” katanya.
Tersangkut sebab excident ke? – Netizen
Apabila ditanya adakah kejadian tersebut berlku gara-gara kemalangan jalan raya namun wanita ini tampil menjelaskan situasi yang sebenar menerusi sebuah lagi video lain”
“bukan lah.. saya parking tepi jalan nak keluarkan kad bank lepastu terjatuh celah lubang bawah handbrake.. konon nak ambil, masuk tangan boleh, nak keluarkan tak boleh sebab ada tajam2..nasib tak kena potong tangan sis” jelas wanita ini
Berikut merupakan video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 47.8K tanda suka, 2356 komen dan 912 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, krata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatnya itu malah dalam masa yang sama ada juga segelintir netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dimana tangan tersangkut di bahagian tersebut kerana barangan sering jatuh dan sukar untuk diambil.
Antara komen warga maya: