Connect with us

#MalaysiaBaru

Tanggalkan Papan Tanda Jalan Ada Tulisan Cina, Titah Sultan Selangor

Sebelum ini kecoh di media sosial dimana terdapat sesetengah papan tanda jalan dengan tulisan cina.

Pelbagai alasan telah diberikan oleh banyak pihak namun rata-rata penduduk Selangor tetap tidak berpuas hati.

Terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di daerah itu ditanggalkan segera sebelum sambutan Hari Keputeraan ke-73 baginda pada 11 Disember depan.

Foto: Berita Harian

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua papan tanda itu perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember depan,” katanya di sini hari ini.

Arahan tersebut dinyatakan melalui surat bertarikh hari ini daripada Muhammad Munir kepada Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

Sebelum ini, aktivis masyarakat, Datuk Mohd. Razlan Rafii mempersoalkan sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah tidak mempunyai kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa di papan tanda.

Beliau yang merujuk kepada papan tanda tertera tulisan Cina di sekitar Shah Alam menegaskan supaya DBP ditutup daripada membazirkan wang rakyat sekiranya tiada kuasa berkaitannya.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han memaklumkan papan tanda dwibahasa dibenarkan di Kampung Baru Cina dan Kampung Baru Melayu.

Jelasnya, penggunaan tulisan Cina selain bahasa kebangsaan di papan tanda beberapa kampung baru Cina sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan beliau hairan mengapa ia tiba-tiba menjadi isu ketika ini.

“Ini merupakan satu keunikan di negara ini dan tak perlu dipertikaikan,” katanya

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Kosmo[/su_note]

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.