Pada hari pertama puasa, mungkin ramai di antara kita yang masih belum dapat menyesuaikan diri sehingga berlakunya aksi-aksi termakan sebelum waktu berbuka.

Banyak kali sebenarnya perkara ini berlaku. Pada hari pertama sahaja banyak video-video lucu yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial, tak kering gusi kita dibuatnya!
Baru-baru ini, tular tindakan spontan seorang anggota polis yang selamba memasukkan gula-gula ke dalam mulutnya, mengundang dekah netizen.

Menerusi video oleh @acurose_official di TikTok, dilihat polis-polis sedang berkumpul dalam satu bilik untuk membuat sedikit perbincangan.
Sedang sibuk rakan sekerjanya berucap, tiba-tiba semua perhatian beralih terhadapnya kerana terlupa hari pertama puasa.
Lebih kelakar, dia siap menunjukkan gula-gula yang dimakannya di dalam mulut! Pun begitu, selepas diingatkan, mukanya berubah cuak lalu menekup mulutnya dan bingkas bangun untuk membuang gula-gula itu.
“Bila kau terlupa hari ini hari pertama puasa,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.
Sejak rakaman ini tular beberapa hari lepas, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 4 juta manakala meraih sebanyak 237.3 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat tidak sengaja anggota polis berkenaan.
Malah ada yang berseloroh meminta agar polis berkenaan ditangkap kerana terlupa hari puasa.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“tdi abang baju oren.. ni pakcik baju hitam lak ..ade sorng tu tgh dok live dok sedap hirup kuah sesendok 😂😂..paham²..1st puasa kan 😅😅”

” first puasa mcm2 ragam..dh mcm anak2 bru masuk sekolah plk😂”

“HAHAHAHA TANGKAPPPPPP”

“Gari dia cik , salah tetap salah x kira anggota mana jabatan mana 😂”

“masa ni die punye rasa cuak jgn cakap la hahahahaa”

“😂😂😂😂😂😂 nasib dia tak bawak tapau nasik beriyani sekali hahahhahahha”

“ni lawak..siap tunjuk mulut makan gula² 😂😂”

Video yang tular di laman TikTok