Connect with us

Selebriti

“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl.” Gambar IG Fouziah Ghous Jadi Perhatian Gara-gara….

Penyanyi paling popular negara kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun menyambut ulang tahu kelahirannya yang ke-40 pada hari Jumaat.

Majlis hari jadi Siti Nurhaliza itu berlangsung dengan cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan media.

Para selebriti jemputan tidak melepaskan peluang untuk turut sama merakam foto kenangan bersama penyanyi Anta Permana itu, termasuk pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous yang telah menulis yang mencuri tumpuan.

Masakan tidak, rekaan dan fabrik persalinan yang digayakan mereka hampir sama.

“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or design but specially designed by Syafieq Ayman.

“Apapun, kebetulan yang berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album. Definately im gonna print this,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai juga peminat yang memuji kecantikan dua bintang ini, sambil memberikan ucapan hari jadi buat Siti.

Sebelum ini, Fauziah Gous telah tampil dengan imej berhijab setelah pulang dari tanah suci Makkah tahun lepas.

Katanya, sudah beberapa kali berniat untuk bertudung sebelum ini selepas menjalani ibadah umrah, Fouziah berharap kali ini beliau akan terus istiqamah untuk menutup aurat.

“Insya-Allah… Doa baik-baik untuk hal ini (bertudung). Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah.

“Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung. Tapi saya tak mahu buat semua itu atas paksaan atau suruhan orang lain.

“Saya mahu lakukan ini secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan dalam hal ini, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya”, kata Fouziah

Foto: Instagram Fouziah Gous

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.