Sejak adanya dashcam, pelbagai video ‘rare’ yang terakam selain kemalangan jalan raya. Beberapa minggu yang lepas, dua kereta merah undur serentak sehingga bahagian belakang malah yang keluar kedua-dua perempuan dan melihat bahagian calar serentak. Video itu dikatakan rare kerana berlaku secara kebetulan.
Namun, ada yang lebih rare dimana baru-baru ini 8 buah kenderaan dikatakan membuat pusingan U serentak di jalan raya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mentarisenj4, dapat kita lihat 8 buah kenderaan termasuklah 3 buah van ‘U-turn berjemaah’ semasa melalui jalan di Segambut.
Situasi pusingan U tersebut bermula dengan kenderaan paling belakang sebuah MPV berwarna cerah, diakhiri juga sebuah MPV berwarna gelap.
Tindakan mereka bagaimana pun menjadi tanda tanya warga maya apakah yang sedang berlaku di hadapan mereka. Ada yang berpendapan terdapat sekatan jalan raya, ada juga yang mendakwa mereka sedang berlakon dan malah pelbagai spekulasi lagi yang timbul.
Pun begitu, ada juga yang memuji situasi tersebut kerana dilihat sangat ‘style’ dan pusingan mereka sangat kemas seperti sedang melakukan ‘acara u-turn berirama’ takpa ada berlaku sebarang insiden seperti pelanggaran antara satu sama lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya satu video yang ‘rare’ kerana ianya pertama kali terakam di dashcam.
“wehh dorang dah rehearsal awal ke masalahnyaa.. helokkk semua sama”- Netizen
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa perkara itu biasa berlaku di kawasan tersebut kerana selepas kawasan flyover itu ada sebuah sekolah dan ramai penjaga pelajar-pelajar akan membuat U-turn di situ.
Antara komen warga maya:
“ok.. semua datang rehearsal”
“smart sangat weii”
“nak kecam tapi nampak smart”
“tokyo drift deleted scene”
“peh dasyat eh, Fast Furious is shaking”
Video yang tular di laman TikTok: