Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditentukan. Kehilangan insan yang tersayang memang sesuatu yang amat menyakitkan.
Apa yang lebih memilukan apabila ia berlaku serentak, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasannnya ketika itu.
Kehilangan anak dan isteri tercinta selang sehari
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memiluk. Begitulah yang berlaku dengan seorang lelaki yang kehilangan dua orang insan tercinta.
Lelaki tersebut telah kehilangan anak dan isteri yang tercinta hanya dalam selang sehari sahaja.
Nanti tarik daddy masuk syurga
Menerusi perkongsian di Twitter lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Syahir berkongsi beberapa foto momen indah bersama arwah isteri dan anaknya.
Difahamkan, sepatutnya pada 26 Ogos adalah detik dimana anak sulungnya dilahirkan, akan tetapi Allah terlebih dahulu menjemput bayinya.
Isteri meninggal kerana kanser
Selain itu, menerusi komen seorang pengguna Twitter lain, lelaki tersebut berkahwin dengan isterinya pada November tahun lalu, sebulan kemudian isterinya disahkan mengandung.
Walaubagaimanapun pada 4 Mac yang lalu, anak sulung mereka dikhabarkan meninggal dunia.
Kemudiannya selang sehari selepas itu isterinya pula dijemput Ilahi akibat menderita penyakit barah.
Takziah diucapakan kepada keluarga dan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan insan tercinta.