Connect with us

Viral

“Tarik seluar pun marah” 10 Bulan Bersuamikan Perempuan, Mangsa Akhirnya Tampil Buka Cerita

Masih ingatkan kita tentang sebuah isu yang hangat menjadi bualan ramai baru-baru ini dimana seorang wanita dari Kota Jambi, Indonesia yang baru menyedari bahawa dia bersuamikan seorang perempuan selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga?

Terbaru, wanita yang lebih dikenali sebagai Nur Aini tampil menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar isteri kepada ‘lelaki’ itu yang bernama Ahnaf Arrafif itu atau nama perempuannya Erayani.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat Aini menghadiri satu temu bual podcast bersama personaliti TV, Deddy Corbuzier.

Jadi sejak kisahnya tular, netizen bingung dan hairan bagaimanakah mereka berdua melakukan hubunganintim sepanjang 10 bulan berkahwin kerana mereka sudahpun bergelar suami isteri.

Difahamkan, suspek sering menolak permintaan Nur Aini yang mahu melihat alatkelamin suaminya.

Nur Aini berkata, dia pernah bertindak untuk menarik seluar suaminya namun suspek bertegas tidak memberi keizinan dengan alasan masih malu serta belum bersedia.


“Kalau saya meminta untuk tengok, berlaku pertengkaran. Kan dah sah menjadi suami isteri, saya tarik-tarik seluar dia tapi tak dibenarkan.”

“Dia marah.. dengan alasan masih malu, belum berani. Kalau dah tiba waktunya, dia akan ditunjuk tak perlu paksa-paksa,” kata Nur Aini.

Tidak cukup dengan itu, Aini juga mendedahkan bahawa ‘suami’ nya itu pernah melaungkan azan dan mengimamkan solat bersama jemaah lain di surau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan Aini seorang yang sangat baik sehinggakan tidak berprasangka terhadap seseorang malah ditipu hidup-hidup.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap suspek mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan yang dilakukan.

Video yang tular di laman TikTok:

@nari_ratih Balas @fisoviiu_ Doain kak nur aini semoga diberi ketabahan dan ketegaran #podcastdedycorbuzer #closethedoor ♬ Usik – Feby Putri

@nari_ratih Pengakuan Nur ainisc Deddy Corbuzier #podcastdedycorbuzer #deddycorbuzier #podcast ♬ original sound – Martina Lynn

@nari_ratih Balas @amberlighttt membangongkan #closethedoor #podcastdedycorbuzer ♬ Get You The Moon – Kina

Sekadar rekod, wanita berkenaan mengenali suspek menerusi satu aplikasi temu janji sebelum dinikahkan dengan wali hakim berikutan bapa mangsa dalam keadaan sakit.

Semua terbongkar apabila ibu kepada wanita terbabit curiga kerana menantunya yang menipu bekerja sebagai doktor itu tidak pernah membuka baju di depan orang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.