Connect with us

Selebriti

Tarikh Pernikahan Semakin Dekat, Mas Idayu Akui Seperti ‘First Time’ Kahwin

Menghitung hari perkahwinan merupakan detik-detik yang mendebarkan dan mengembirakan buat pasangan yang sudah lama mengimpikan mahligai yang indah. Manakan tidak, sekian lama mencari seorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, akhirnya dapat mengakhiri zaman ‘single’ dengan perkahwinan.

Terdahulu, tular dengan desas-desus penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu binti Mesnun yang sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda dan telah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 September ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Idayu mengatakan persiapannya bagi menjayakan sesi fotografi ‘pre-weeding’ itu umpama seperti persediaan pernikahan untuk kali pertama. Dia mengakui tidak pernah melalui perkara tersebut semasa perkahwinan yang dulu.

Menurut Mas Idayu, dia tidak pernah menyangka dalam usia sebegitu bakal berpeluang menikmati kehidupan yang lebih bahagia berbanding dahulu.

“Sebabnya, saya dapat rasakan yang ini (perkahwinan kedua) seperti saya tidak pernah merasakannya selama 15, 16 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa ‘pre-wedding ini dulu-dulu pun tak pernah ada, persandingan dulu pun tak pernah ada.”

“Jadi, sekarang ini adalah saya rasa seperti perkahwinan pertama saya yang tak pernah berlaku setelah 15, 16 tahun yang lampau,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan dan pelancaran produk penjagaan kulit Twenty semalam.

Dalam pada itu, Mas Idayu dan bakal suami Sufian turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak yang merangkumi lokasi, katering, busana, sesi fotografi dan aksesori. Dia juga memaklumkan bakal merancang percutian bulan madu ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis perkahwinan itu selesai.

Umum mengetahui majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’ dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.

Sekadar info, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.