Sekitar minggu lepas seorang pelawak didakwa terpalit dengan kontroversi berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.
Ekoran dari itu, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan.
Bukan merajuk tapi saya rasa cukuplah setakat ini
Menurut Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia berdepan pelbagai tohmahan sejak ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain, saya rasa cukuplah setakat ini,” katanya kepada mStar.
Tauke Jambu undur diri dari dunia hiburan
Difahamkan, pada 8 Ogos lalu Tauke mengaku dia adalah individu yang ditahan pihak berkuasa di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun dia menafikan menjadi bapa ayam atau terbabit dalam aktiviti tidak bermoral seperti itu.
Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu peranai tak elok
Selain itu, Tauke berkata dia kesal apabila netizen terus menghukumnya walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan.
“Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu ni buat perangai tak elok, jual perempuan dan dagangkan orang.”
Isteri saya pun kenal
“Dalam kejadian tu saya hanya menghantar kenalan iaitu adik angkat perempuan saya, isteri pun kenal.”
Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu ni buat perangai tak elok, jual perempuan… dan dagangkan orang.
“Masa tu pihak polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket tu. Jadi memang wrong time and the wrong place saya lalu kawasan pemeriksaan tu, polis periksa la,” jelas Tauke.
Yang saya hantar itu adik angkat saya
Jelas Tauke lagi, tidak mungkin dia tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap adik angkatnya sendiri.
“Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.”
Dia datang rumah lepak, apa yang jadi mangsa
Malah, Tauke meminta netizen berhenti kaitkan namanya dengan kontroversi sindiket pemerdagangan orang.
“Dia datang rumah lepak-lepak. Apa yang kata jadi mangsa?” katanya.
Beliau turut mengulas lanjut tentang laporan awal siasatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan hingga tular di media sosial, Tauke berkata dia tidak membawa peralatan seks seperti yang didakwa.
Sebaliknya kata Tauke dia hanya membawa rambutan dan petai yang dibeli dari kawasan berdekatan untuk dibawa pulang kepada isteri di Kuala Lumpur.
Dalam kerana hanya ada rambutan dan juga petai
“Saya nak netizen faham perkara sebenar, dalam kereta hanya hanya ada rambutan gading dan juga petai bukan peralatan pelacuran.”
“Rambutan dan petai tu dibeli untuk isteri,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat dan buah fikiran masing-masing mengenai isu pelawak ini.