Connect with us

Selebriti

Tawaran Tak Masuk Akal 28 Babak Dibayar RM1500, Nazia Mustafar Luah Rasa Kecewa

Seorang pelakon yang tidak asing lagi dalam industri iaitu Nazia Mustafar meluahkan rasa tidak puas hati apabila beliau mengenai tawaran sebuah telefilem yang diterima.

Beliau ditawarkan membintangi telefilem yang mempunyai 28 babak dalam masa empat hari dengan bayaran RM1,500.

 

View this post on Instagram

 

Dulu kini dan selamanya….🥰 Make up by @makeupbydeqsha

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on

28 babak nak bayar RM1,500

Jelas Nazia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 45, bukan sahaja ditawarkan dengan bayaran yang rendah, namun bahasa yang digunakan pihak tersebut juga dianggap keterlaluan.

Pelakon ini meluahkan rasa geram menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Tak nak tak apa la ramai artis yang nak” 

“Penggambaran telefilem empat hari, 28 babak nak bayar RM1,500. Agak-agak la wei”.

“What the.. ini namanya melampau! Lain kali nak call artis nak bagi job, kenal pasti siapa artis itu”.

“Tolonglah ya. Aku tak pernah marah tapi aku rasa kali ini melampau. Lepas itu bahasa agak kurang ajar. ‘Tak nak tak apa la ramai artis yang nak’. Biadab betul!” kata Nazia.

“Maaflah, tadi betul-betul sakit hati”

Tidak lama selepas itu, beliau turut memuat naik satu lagi posting berlainan memohon maaf kerana memuat naik status begitu namun mengakui dia tidak dapat menahan kemarahan.

 

View this post on Instagram

 

I memang x reti marah lelama…. just let it be… tq semua kawan2 yg support saya.. love❤

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on

“Saya marah sekejap saja, tak reti nak marah lama-lama. Saya dah okay dah, dah back on track”.

“Maaflah saya tak pernah up status marah-marah macam itu, tapi tadi betul-betul sakit hati”.

Saya dah maafkan dia

“Fasal bayaran itu tidak la jadi hal sangat, cuma ayat terakhir dia bagi dekat saya. Allahuakhbar betul-betul mencabar. Saya dah maafkan dia… #bahasajiwabangsa,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

I just wanna say … i love my cinta hati…♥️

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahan pelakon berkenaan memandangkan Nazia tidak pernah berkongsi kemarahannya di laman sosial.

Ramai peminat beliau turut meninggalkan komen positif dan ada juga segelintir mereka memahami nasib yang menimpa pelakon itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.