Connect with us

Viral

[VIDEO] “Jangan ada skandal,” Nak Hantar Borang Nikah, Polis Bagi Tazkirah Panjang di Roadblock

Negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dan rakyat diminta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, sekatan jalan raya masih diteruskan terutama di sempadan negeri dan daerah ketika ini bagi memastikan tiada cubaan merentas tanpa kebenaran oleh orang ramai.

Urusan pernikahan dibenarkan merentas

Walaubagaimanapun, beberapa urusan penting yang perlu diuruskan oleh orang ramai masih dibenarkan dan membolehkan mereka merentas negeri atau daerah.

Antara urusan yang dibenarkan seperti hal pernikahan atau pekerjaan yang turut dibenarkan bergerak melebihi kawasan yang ditetapkan secara bersyarat.

Tunjuk surat atau bukti perjalanan rasmi

Orang ramai yang mempunyai urusan penting perlu menunjukkan surat atau bukti perjalanan rasmi kepada pihak polis semasa di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, pasangan lelaki dan wanita ini melalui SJR untuk menguruskan borang pernikahan mereka.

Polis trafik jaga SJR beri nasihat rumah tangga

Ketika melalui SJR, pasangan ini memberikan dokumen yang menunjukkan bukti mereka perlu menguruskan borang pernikahan ketika melepasi SJR.

Apa yang menarik, tanpa disangka polis trafik yang bertugas ketika itu turut memberikan nasihat kepada pasangan ini mengenai rumah tangga kepada mereka.

5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh mengenali pasangan

Malah, polis tersebut sempat berseloroh kepada pasangan ini supaya tidak memasang skandal dan menjaga isteri dengan baik.

Selain itu, antara nasihat lain yang diberikan adalah menurunkan ego dan bertolak ansur dalam rumah tangga yang bakal dibina.

Lebih 500,000 tontonan setakat ini 

Perkongsian di aplikasi TikTok itu turut meraih lebih dari 500,000 tontonan sejak video tersebut dimuat naik 24 jam lepas.

“Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang JPJ”

@rashidismailrashidismailNak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang jpj ##fypシ゚viral ##fyp ##abang jpj♬ original sound – Rashidismail Rashidi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum dan terhibur dengan perkongsian yang diberikan oleh polis trafik itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.