Sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa ada dengan kita tatkala susah dan senang malah mereka juga tidak jemu untuk menghulurkan tangan membantu saat memerlukan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang pemuda membantu rakannya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat baik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @arashnaim01, dapat kita lihat seorang lelaki basah kuyup gara-gara hujan lebat dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana dilahirkan dalam keadaan kurang upaya yang mana kudung sebelah kaki.
Pun begitu, dua orang pemuda yang dipercayai rakannya menggunakan kain untuk menghalang lelaki tersebut daripada hujan sambil berlari mengikut kelajuan kerusi roda itu.
Dalam masa yang sama, dia juga sempat berpesan kepada orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah Dan berbuat baik kepada orang sekeliling.
“Bila kita susah, kita akan jumpa siapa kawan or siapa sahabat.. ingat ni tau kalau kita rasa diri kita susah, ada orang yang lagi susah perlukan bantuan dari kita jadi sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan.. inshaAllah Allah permudahkan segala urusan kita” ujarnya.
Lelaki yang dibantu itu juga turut meninggalkan komen dimana menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang senantiasa ada disaat dia berada dalam kesusahan.
“terima kasih arash dan kepada kawan2 yang sentiasa ada waktu2 aku susah dan senang. Semoga segala dosa korang diampunkan Allāh SWT” tulisnya.
Video yang tular di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap rakannya yang sanggup dibasahi hujan demi melihat rakannya selesa seperti orang lain.
Bukan itu sahaja, netizen juga sebak melihat persahabatan mereka yang sangat luar biasa malah menyifatkan mereka adalah sahabat yang sebenar.
Antara komen warga maya:
“the friendship.. respect..”
“terima kasih kawan-kawan yang selalu ada tak kira apa jua keadaan”