Riak wajah yang diberikan oleh si abang setelah adiknya tersalah puting nyata mencuit hati ramai pengguna di media sosial.
Video yang mencuri perhatian ramai itu rupanya telah diambil oleh makcik kedua kepada kanak-kanak kecil ini, Puteri Kamaliah Aswadi, 24 di akaun TikToknya.
Puteri Kamaliah Aswadi, juga mesra disapa Yaya berkata dia menolong kakaknya yang sedang makan untuk menjaga kedua-dua anak saudaranya itu.
Kata Yaya juga, insiden itu berlaku apabila si abang yang berusia 19 bulan, Izz Khairunnas Muhammad Khairul Hanafi sedang baring di sebelah adiknya yang baru menjangkau usia sebulan setengah, Zea Zulaikha.
“Sebenarnya si abang nak tidur dengan adiknya sebab dia geram tengok mata adik dia, asyik nak usik saja, biasalah budak kan.”
“Adik pula ingatkan si abang nak bagi susu sebab masa tu memang Zea Zulaikha tengah lapar,” jelas peniaga online yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan itu.
Mujur tiada apa yang berlaku setelah puting Izz digigit adiknya, cuma riak wajah kanak-kanak kecil itu berubah menjadi terkejut dan meraung kerana kesakitan disebabkan adiknya itu.
“Mula-mula dia reda, tapi bila dah kena gigit baru terasa.”
“Dia menangis sampai suruh saya ambil adik dia,” Yaya tertawa mengimbas kembali momen lucu itu.
Kata Yaya, walaupun sakit digigit adiknya, Izz tidak serik untuk bermain dengan adiknya. Namun tambahnya, si abang yang baru sahaja bergelar abang itu sedikit cemburu apabila melihat ibu bapanya sekarang melayan adiknya lagi berbanding dia.
“Abang selalu geram dengan adik.”
“Selalu juga dia jealous bila mak dia layan adik dia, kalau nak tidur tu mak dia tak boleh tidur dengan adik dia, kena mengadap dia je,” ujar dia.
Semasa artikel ini ditulis, jumlah tontonan daripada video tersebut telah mencapai lebih 400 ribu tontonan.
“Abang loading lama betul, baru sedar yang dia lelaki ke?”, komen seorang pengguna TikTok.