Connect with us

Viral

Tekad Kurus Dari 200Kg Ke 90Kg, Wanita Ini Akhirnya Hamil Setelah 8 Tahun Penantian

Tidak semua pasangan yang dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin, ada yang perlu menunggu 1 tahun lamanya dan ada juga yang sehingga 10 tahun bahkan ada yang masih sehingga kini belum mempunyai rezeki untuk mempunyai anak.

Terdapat pelbagai faktor mengapa ianya berlaku dan selain belum mempunyai rezeki, sebenarnya pemakanan, gaya hidup dan juga berat badan juga sedikit sebanyak memberi faktor kepada isu tersebut.

Persis wanita ini, dia nekad untuk menurukan berat badannya daripada 200 kg ke 90 kg atas sebab-sebab tertentu.

Selain daripada sering menerima kecaman, dia juga melakukan perkara tersebut kerana sedih melihat arwah ibu dan bapanya yang meninggal dunia berpunca daripada masalah kesihatan gara-gara berat badan yang berlebihan.

Bukan itu sahaja, hubungan suami isteri dia dan pasangan mula retak kerana dia berkenalan dengan suaminya sebelum obesiti malah dalam masa yang sama dia juga mempunyai pelbagai penyakit yang memerlukan dia untuk kurus.

Lebih menyedihkan, sepanjang 8 tahun berkahwin, dia belum ada rezeki untuk menimang zuriat.

Sudah puas dia berusaha untuk bertemu segala pakar namun jawapan kesemua pakar tetap sama dimana meminta dia untuk menurunkan berat badan.

Namun asbab semangatnya sehingga dapat menurunkan berat badan ke 90 kg, dia membuat kejutan kepada suaminya dengan memberikan sebuah kotak.

Siapa sangka, dalam kotak tersebut mempunyai satu hadiah yang mereka tunggu selama 8 tahun berkahwin.

Wanita ini dikatakan mengandung anak pertama dan dapat kita lihat reaksi suaminya yang benar-benar gembira dengan hadiah tersebut dan kagum dengan segala pencapaiannya.

Video yang tular di laman TikTok:

@ayshaalams Ni sahaja ya mampu saya berikan,semoga allah pelihara hubungan kita dunia akhirat aminn #ezyorange #rumahtangga #ramadan #ezyorangehq #lostweight ♬ suara asli – pisces,,85

@ayshaalams Saya taknak ‘PERGI’ dalam kesakitan , biar sihat.. takut ya allah, ni lah journey saya. 😭😭 #ezyorange #lostweight #kurus #ramadan ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@ayshaalams TAK NAK KURUS KE ? Besar betul #ezyorange #lostweight #kurusbersamaezyorange ♬ original sound – Ayshaalam

@ayshaalams EHH GEMUKNYA kau! tak penat ke ? #ezyorange #bodyshamming #ezybengkung ♬ Go Down Deh (feat. Shaggy and Sean Paul) – Spice

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bangga dengan segala usaha penat lelah wanita ini sehingga ianya membuahkan hasil buat diri dan keluarga.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.