Connect with us

Viral

Ayah Tekad Pergi Umrah & Terus Tinggal di Tanah Suci, Anak Kongsi Rasa Sayu

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.

Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.

Menjadi kebiasaan, jika ada ahli keluarga ingin pergi melakukan ibadah di Tanah Suci, pasti ahli keluarga yang lain turut bersama-sama hantar di lapangan terbang bagi memberikan pelukan serta bersalam-salaman antara satu sama lain.

Hal ini kerana, ramai di antara kita bimbang jika lambaian tersebut merupakan ‘lambaian terakhir’ kerana biasanya jika seorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke negara asalnya, tetapi akan dikebumikan di sana.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah tekad untuk terus tinggal di Mekah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @leesaridzki212, kelihatan dia bersama adik beradik yang lain menghantar ayahnya yang ingin menunaikan umrah di lapangan terbang.

Pun begitu, apa yang membuatkan suasana semakin hiba adalah, ayahnya nekad untuk terus tinggal disana dan ianya juga merupakan salah satu impian ayahnya.

“niat ayah saya memang nak habiskan sisa hidup beribadah dengan tenang kat sana.. ayah memang dah niat bila pergi, dia tak nak balik.. kami semua ikhlaskan untuk kebahagiaan ayah” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@leesaridzki212Selamat tinggal ayah 😢

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

@leesaridzki212Jauh dimata, Dekat dihati.. adek syg ayah 🥲

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

@leesaridzki212 Reply to @leesaridzki212 ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 245.5K tanda suka, 3485 komen dan 2403 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat semangat ayahnya yang ingin menghabiskan sisa hidup yang berbaki di tanah suci mekah.

Dalam masa yang sama, para netizen turut sebak melihat perpisahan tersebut dan ada yang menyifatkan jika jiwa dan hati sepenuhnya diserahkan kepada Allah, maka tiada cinta lain yang sentanding itu.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.