Connect with us

#MalaysiaBaru

Top 10 Tempat Menarik di Melaka Wajib Anda Lawati

Adakah anda sedang mencari tempat menarik di Melaka? Tempat bersejarah di Melaka?Adakah anda ada rancangan untuk bercuti ke Melaka?

Jika ya, artikel ini wajib anda baca. Kami akan kongsikan tempat menarik di Melaka wajib anda pergi tahun 2018 ini.

Baca: Tempat Makan Best Melaka 2018

Bilakah kali terakhir anda melawat Melaka? Sedar tak sedar, Melaka kini telah mempunyai pelbagai tempat baru untuk dilawati dan tidak terhad kepada kawasan Bandar Hilir semata-mata.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya tempat menarik di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai 10 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

1. Jonker Walk

Jonker Walk yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan Cina yang memaparkan seni bina Baba dan Nyonya.

Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri.

Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.

Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

2. Kota A’ Famosa

Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termasyhur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu “a” dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf “A” dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang “ah”).

Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.

Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

3. Perigi Hang Tuah

Kalau anda memiliki minat yang mendalam dengan sejarah Hang Tuah, jangan lepaskan peluang untuk melawat perigi yang dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah.

Perigi Hang Tuah ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 – 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Perigi Hang Tuah ini terletak di dalam kawasan kampung di mana Hang Tuah dilahirkan iaitu Kampung Duyong.

Banyak perkara menarik berkaitan perigi ini telah berlegar dalam masyarakat sekitar. Yang pertama, ada yang mengatakan saiz perigi ini kian membesar dari masa ke masa.

Kepercayaan menarik yang kedua pula adalah dikatakan yang orang ‘tertentu’ dapat melihat rupa sebenar perigi ini yang telah berubah menjadi buaya putih. Perkara misteri lain yang berkaitan dengan perigi ini adalah bagaimana air di dalam perigi ini tidak pernah kering walaupun tiba musim kemarau.

Lokasi: Kampung Duyong, 75430 Melaka

4. Villa Sentosa Kampung Morten

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka, Malaysia, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.


Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.V

illa Sentosa adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di dalam Kampung Morten di tepian Sungai Melaka.

Kalau anda nak tahu, di dalam Kampung Morten ini terdapat lebih daripada 50 buah rumah Melayu lama yang beratapkan zink, namun begitu daripada banyak-banyak rumah ni, Villa Sentosa adalah yang paling elok terjaga dan menarik untuk dilihat.

Villa ini merupakan sebuah Muzium Melayu Hidup yang dapat membuatkan anda rasa seolah-olah berada di masa lalu. Ruang dalam villa ini dipenuhi dengan perabot antik, barangan lama di atas meja dan gambar-gambar klasik.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (2.00 pm – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma Namun Digalakkan Untuk Memberikan Sumbangan

Lokasi: Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka

5. Galeri Cheng Ho

Pernah dengan tentang seorang puteri cina yang mengahwini Sultan Melaka? Kisah perkahwinan ini ada kaitannya dengan Laksamana Cheng Ho. Sekiranya anda melawat Galeri Cheng Ho, anda dapat mengetahui kisah bagaimana Cheng Ho boleh sampai ke tanah Melaka.

Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng Ho) yang telah dilahirkan pada 1371 di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunnan.

Beliau diberikan nama Ma Ho dan nama kecilnya San Bao. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaan beliau memupuk perhubungan persaudaraan di antara China dan Negara-negara Afrika dan Asia serta membuka pintu untuk menjalankan perniagaan yang adil.

Kedudukan galeri ini adalah di anjung kanan Bangunan Stadthyus (Muzium Sejarah dan Ethnografi) dan berada di antara Muzium Sastera, Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Pemerintahan Demokrasi.

Antara bahan pamerannya adalah bahan porselin, replika kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.

Galeri Laksamana Cheng Ho ini telah dibuka kepada awam pada Februari 2003 bersama dengan pembukaan Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Belia Malaysia yang telah dibuka semula selepas ditutup sementara untuk proses penaiktarafan.

Kalau anda nak tahu, Cheng Ho adalah seorang pelayar yang terkenal yang telah melakukan banyak pelayaran ke Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Tenggara dalam sekitar tahun 1405 ke 1433.

Dia telah membawa Puteri Hang Li Po untuk mengahwini Sultan Melaka pada sekitar pertengahan abad ke-15. Daripada sini, bermulalah komuniti Baba Nyonya di Melaka.

Antara barangan yang dipamerkan di sini adalah replika kapal, koleksi buku berkenaan Laksamana Cheng Ho, barangan porselin dan banyak lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Lokasi: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

6. Hang Tuah Centre

“Takkan Melayu hilang di dunia!” Pernah dengar? Kata-kata ini keluar dari mulut pahlawan yang terulung di Nusantara, Hang Tuah. Ingin tahu lebih mendalam tentang Hang Tuah? Anda boleh menuju ke Hang Tuah Centre, yang merupakan sebuah galeri di mana anda dapat mendalami kehidupan dan ketokohan Hang Tuah.

Bukan itu sahaja, di dalam kompleks Hang Tuah Centre ini juga anda boleh melihat 5 buah rumah pahlawan terkenal Melaka iaitu Rumah Hang Tuah sendiri (dijadikan pejabat pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (dijadikan tempat pameran keris), Rumah Hang Kasturi (pameran pakaian tradisional), Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) dan Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka). Di setiap rumah pahlawan ini juga lengkap dengan gelanggang silat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Lokasi: Kampung Jambatan Duyong, 75460, Melaka

7. Pantai Klebang

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang. Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.

Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka

8. The Shore Toy Museum

Mungkin ramai yang dah tahu tentang The Shore Sky Tower atau The Shore Gallery, iaitu pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan Sungai Melaka.

Di dalamnya, terdapat sebuah muzium yang memaparkan lebih 10,000 koleksi permainan yang ‘limited edition’! Bagi sesiapa yang berminat dengan animasi dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan hero anda.

Antara yang menarik termasuklah replika Storm Trooper, Iron Man, dan Tumbler Batmobile yang berskala manusia. Menariknya, semua ini dibolehkan untuk bergambar tanpa tertutup dengan kaca.

Bukan sekadar seronok untuk anak-anak, tetapi orang dewasa juga dapat bergembira sambil mengembalikan memori masa kanak-kanak anda.

Alamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya
75200 Melaka

Tel: 06-282 3733

Waktu Operasi:
10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.

Harga tiket
Dewasa RM30, Kanak-kanak RM20

9. Bayou Lagoon

Dalam Bayou Lagoon ini terdapat taman tema air, service apartment (hotel), dan Magic Art Museum. Boleh masuk asing-asing tanpa perlu menempah hotel tersebut. Di Melaka, terdapat 2 lagi taman tema air iatu Melaka Wonderland dan A’ Famosa Resort. Bayou Lagoon adalah yang terbaru yang dibuka pada 2014.

Taman tema air ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil, kerana gelungsurnya agak terhad dan tidaklah begitu mencabar seperti di A’Famosa atau Melaka Wonderland. Tapi, ciri menjadikan ibu bapa lebih mudah memantau anak-anak yang masih kecil.

Alamat: G13, G15 G16, Bayou Square, Jln Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka.

Tel: 0 6-231 1604

Harga Tiket:
Dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 16, Warga Emas RM 11

Waktu Operasi:
10 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat

8 pagi hingga 7 malam, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum

10. Upside Down House Melaka

Memang semakin banyak tarikan di Melaka yang berkonsepkan ‘virtual’ dan ‘indoor’dan ianya memang mendapat sambutan ramai. Salah satunya adalah Upside Down House.

Ini adalah antara tempat seumpamanya yang terawal di Melaka. Bagi yang belum berkunjung ke sini, bolehlah cuba merasai pengalaman di sana.

Alamat: G12, Jln PM 7,Plaza Mahkota, Melaka

Tel: 011-1072 2260

Waktu Operasi:
10 pagi hingga 7 malam – Isnin hingga Khamis
10 pagi hingga 9 malam – Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.