Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.
Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis.
Sama juga dengan sebuah video yang tular baru-baru ini dimana sesuatu perkaara tidak dijangka berlaku kepada sekumpulan penari lelaki mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @jackrandoms, difahamkan dia dan kawan-kawannya sedang membuat persembahan tarian sempena sebuah majlis yang dihadiri oleh VIP.
Bagaimana pun, sewaktu mereka sedang asik, berlakunya masalah teknikal dimana muzik terhenti secara tiba-tiba.
Namun apa yang mengundang dekah ramai adalah, merekatidak berhenti menari dan meneruskan tarian dengan mengikut tempo melalui mulut masing-masing.
“Bapak malu depan VIP but they said we were professional hahaha,” katanya di kapsyen video tersebut.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telh meraih 957.6K tontonan, 166.6K tanda suka,320 komen dan 3522 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat sekumpulan lelaki ini yang bersama-sama sepakat untuk ‘cover’ malu.
Dalam pada masa yang sama, ada juga para netizen yang memuji cara mereka tangani masalah kerana persembahan perlu diteruskan walau apa jua keadaan.
Berikut merupakan komen-komen warga maya:
“show must go on proud of you guyss”
“comell”
“the real terkinja-kinja i can accept.. so professional”
“orang jaga music tu saje tutup music biar korang nyanyi”
“aku sampai tak jumpa silapnya sebab nampak perfect je”
“sorry i laughed but it was cool”
“betul betul professional”
“the first person yang start teng teng teng tu the saviour of the day”
“salute, they act fast to make it perfect”
“menari pun ada acapella”
Salute sebab terserlah profesionalism. Teng teng teng teng pun boleh lahh asalkan persembahan tak terhenti! kikiki