Connect with us

Viral

Tengah Santai Healing, Gadis Ini Cuak Dua Ekor Anjing Datang Lepak Sekali Buat Ramai Terhibur!

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan fikiran. Ada yang suka meluangkan masa dengan keluarga ataupun kawan-kawan untuk melupakan masalah dan ada juga yang lebih selesa bersendiri.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, pelbagai tempat menarik untuk ‘healing’ seperti mandi sungai, lihat pemandangan dari atas bukit ataupun bangunan tinggi dan yang paling famous adalah di pantai. Manakan tidak, bunyi deruan air ombak sememangnya sangat menenangkan fikiran.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana apabila dua orang gadis menjadi cuak dan takut apabila dua ekor anjing duduk di depan mereka sewaktu tengah healing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @milikorang24, dapat kita lihat gadis tersebut sedang meluangkan masa di tepi pantai sambil duduk di atas float mattress yang ada di situ.

Namun suasana tenang bertukar cemas apabila dua ekor anjing tiba-tiba muncul dan duduk di depan mereka bahkan seolah-olah seperti bodyguard yang menjaga tuannya.


Oleh kerana berasa sangat takut, kedua-dua mereka duduk diam dan tidak bergerak kerana bimbang dikejar anjing berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka yang kaku dan cuak untuk bergerak malah situasi yang sepatutnya tenang sambil melayan angin sepoi-sepoi pantai akhirnya bertukar cemas.

“Dengar cerita healing sampai tak balik-balik” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan mungkin mereka kini masih healing dan tidak balik-balik kerana takut dikejar.

Antara komen warga maya:

“Pak ah ada bodyguard time healing”


“Dengar cite tak gerak2 sampai sekarang”

“Dah ada update ke? balik ke tak ni lepas healing”

“Dapat bodyguard free tu..”

“Diorang nak tumpang healing sekali tu… ada dua bodyguard memang tak berani orang nak kacau”

Video yang tular di laman TikTok:

@milikorang24 HANYA ALLAH JE TAHU KETAQ KETIR #fypシ ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Continue Reading
Advertisement