Pasti ramai diantara kita yang suka pergi berkelah di sungai ataupun pantai bersama rakan-rakan ataupun keluarga bukan? Bukan sekadar dapat mengisi masa lapang bahkan dapat berkumpul setelah masing-masing sibuk bekerja.
Seakan menjadi perkara wajib, tentu akan ada sesi masak memasak untuk mengisi perut. Ada sahaja yang hendak dimasak seperti ikan bakar, udang bakar, kambing bakar, ayam bakar dan bermacam lagi.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ini meletup secara tiba-tiba mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @huzaifahmiorbadri, kelihatan seorang perempuan dan lelaki sedang memasak di kawasan air terjun.
Pada awalnya, semuanya berada dalam keadaan terkawal dan mereka seronok bermain masak-masak.
Namun, tidak lama kemudian, tempat memasak yang digunakan untuk membakar daging itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan ianya tercampak.
Letupan itu membuatkan mereka berdua terkejut apatah lagi dengan bunyi yang agak kuat.
Difahamkan insiden itu berlaku oleh kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu atau simen itu meletup.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat daging dan arang yang ‘berterbangan’ di merata tempat gara-gara letupan kecil tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan sempat menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati.
Berikut merupakan komen warga maya:
“atas batu takleh bakar, atas simen pun tak boleh.. batu akan pecah”
“saya pernah kena masa ramai2 buat bubur asyura habis berterabur lari bara api masuk baju tudung habi berluabang, parut masih ada sampai sekarang”
“thanks for sharing saya pun baru tahu”
Video yang tular di laman TikTok: