Connect with us

Viral

“Terang2 bas makan jalan” Dakwa Bas Dilanggar Kenderaan Lain, Netizen Selar Kenyataan Rapid Penang

Malang tidak berbau. Begitulah pepatah yang seringkali dikaitkan apabila berlakunya kemalangan. Sebab itulah kita sering diingatkan agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini di atas jalan raya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana sebuah bas Rapid terlibat kemalangan dengan sebuah kereta serta motosikal.

Dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang tersebut, Kapten dan penumpang bas Rapid Penang dilaporkan dalam keadaan selamat.



Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Rapid Penang, kejadian terbabit berlaku pada pukul 6.41 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna putih yang dinaiki oleh lelaki dan wanita telah berlanggar bahagian hadapan bas Rapid Penang laluan T502.

Dalam masa yang sama, Sebuah motosikal yang berada di belakang kereta Kenari pada waktu itu juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Walau bagaimanapun, kapten bas berserta seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan,” petik kenyataan Rapid Bus.

Bagaimanapun, kenyataan rasmi Rapid Bus diselar hebat oleh netizen. Manakan tidak, jika dilihat semula pada rakaman dashcam yang mula viral di media sosial ketika ini, bas tersebut dilihat ‘makan jalan’ di selekoj sehingga menyebabkan kemalangan.

Lebih menyedihkan lagi adalah, mangsa wanita yang menaiki motorsikal itu kini berada di icu dan mengalami beberapa kecederaan parah seperti paru-paru bocor, hati yang sedikit rosak, pendaraan di bahagian kepala tetapi tidak berbahaya dan lehernya patah.

Mengulas lanjut, keadaan mangsa dalam perodua Kenari bagaimana pun tidak dapat dipastikan pada waktu ini namun jika dapat diperhatikan semula, keretanya hancur akibat pertembungan oleh kerana kecuaian bas rapid tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan bas rapid penang yang dianggap tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar kes dan bukti yang kukuh ini dapat dibawa ke muka pengadilan agar tindakan dapat dikenakan kepada pemandu bas yang cuai.

Antara komen warga maya:

“dia ingat takada video saksi.. ”

“mengaku salah je la.. tak payah keluarkan statement itu ini.. jelas ada dashcam..”


Video yang tular:

@utusantvofficial Bas “makan jalan” di Jalan Tun Sardon Balik Pulau | HK Lim | 1 OGOS 2022. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Mysterious – Andreas Scherren

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.