Connect with us

Selebriti

“Terbaik! Bangga Orang Melayu!” Mat Dan Tayang baju Melayu di Jerman!

Mat Dan yang popular sebagai mat salleh yang boleh bercakap loghat negeri Terengganu nampaknya telah membanggakan rakyat Malaysia khususnya Melayu.

Menerusi entri di Instagramnya, Mat Dan telah memuatnaik gambarnya yang berada di kota Berlin, Jerman dengan berpakaian baju melayu lengkap bersamping.

 

View this post on Instagram

 

Berbaju Melayu di Kota Berlin… #ITB #beautifulterengganu #malaysianhospitality

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Postingnya itu telah menambat hati peminat-peminatnya yang memuji ketampanannya dan bangga dengan apa yang dilakukan Mat Dan.

Mat Dan ataupun nama sebenarnya Muhammad Kareef Daniel Abdullah telah dilantik sebagai Ikon Pelancongan Terengganu.

Mat Dan pada asalnya merupakan seorang pengembara ataupun ‘backpackers’  kelahiran England yang berwarganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009.

Mat Dan mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia.

Mat Dan juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.

Dikenali kerana kefasihan bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik, Mat Dan kini lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers – Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.

Bagaimana Mat Dan Datang ke Terengganu?

Pada tahun 2009, Mat Dan telah pergi melancong di Thailand dan Laos bersama seorang rakannya selepas menamatkan Advanced Subsidiary Level di kolej beliau.

Pada ketika itu, rakannya telah memberi cadangan agar beliau melawati Pulau Perhentian.

Ketika di sana, Mat Dan mendapat tahu pula mengenai Pulau Kapas. 10 hari selepas berada di Pulau Perhentian, beliau datang ke Pulau Kapas.

Sepanjang berada di situ, Mat Dan menjadi seorang sukarelawan di sebuah chalet. Beliau menjaga meja sambut tetamu di samping membersihkan bilik tetamu selama empat bulan sebagai saraan diri sebelum meneruskan perjalanannya.

Mat Dan kembali ke Pulau Kapas pada tahun 2010 lalu menetap sehingga lebih 7 tahun di sana dengan alasan layanan baik orang Malaysia dan tempat yang cantik menyebabkan beliau terus kekal di pulau tersebut.

Di situ jugalah Mat Dan telah mempelajari cara hidup dan bahasa penduduk tempatan dengan penguasaan dialek Terengganu memakan masa sebanyak 3 hingga 4 tahun.

Pada 26 Februari 2018, Daniel telah menerima status Penduduk Tetap (PR) Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika perasmian Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Terengganu.

Isteri Mat Dan

Mat Dan telah bertunang dan bernikah dengan Nadifa Adnan (29 tahun), seorang gadis Melayu tempatan, pada 12 Mac 2017 di rumah keluarga isterinya di Bukit Chendering, Terengganu.

Mat Dan telah mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Mei 2018 dengan berat 2.7 kilogram pada pukul 6.43 petang waktu Malaysia di Hospital Pakar Salam serta diberi nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.

Setakat Januari 2019, Mat Dan berkerja sebagai seorang penyampai radio di saluran Manis FM dan mengendalikan sebuah rancangan travelog makanan.

Pada 22 Oktober 2016, Mat Dan telah dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Negeri Terengganu sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri di Kerteh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.