Tempat yang strategik adalah perkara utama yang perlu difikirkan oleh peniaga jika ingin melakukan bisnes apatah lagi berkaitan dengan bisnes makanan.
Pun begitu, tidak semua peniaga mempunyai modal yang besar ekoran harga sewa kedai yang tinggi pada masa kini. Faktor ini menyebabkan ramai peniaga lebih memilih untuk berniaga di tepi jalan ataupun menggunakan cara lain.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi lokasi ‘unik’ sebuah gerai yang meyajikan aneka roti canai mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @atikahcheesetart, dapat kita lihat pemilik kedai meletakkan beberapa buah meja dan kerusi di hadapan rumahnya dan membuka sebuah gerai.
Selalunya, perkara tersebut tentu menyebabkan rasa kurang senang dikalangan jiran namun siapa sangka pada kali ini, ianya tidak menjadi masalah bagi penduduk berhampiran kedai berkenaan.
Bukan itu sahaja, penduduk di situ juga kelihatan memberi sokongan dan datang menikmati roti canai yang dijual setiap pagi.
Difahamkan peniaga tersebut hanya membuka kedai itu pada hari sabtu, ahad dan cuti umum sahaja susulan mempunyai kerja lain pada hari biasa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecur air liur melihat hidangan roti canai tersebut malah kagum dengan penduduk setempat yang ‘support’ antara satu sama lain.
Antara komen warga maya:
“Kalau ddk sblh…Dpn rmh rmh…Mmg best ni…Order jer….Hulur kat pagar 🤣🤣🤣🤣🤣🥰🥰🥰🥰🥰”
“Hadiiir. Sedap tu”
Video yang tular di laman TikTok:
Besttnyaa tengok jiran-jiran dia sporting siap support peniaga kecil macam ni! Kecur pula air liur tengok roti canai tu, nampak sedap betulll hehehehe