Pelbagai kisah pengguna jalan raya yang dikongsikan di media sosial, antaranya insiden yang membabitkan seorang penghantar makanan (rider) yang tular sebelum ini sehingga mendapat perhatian seorang aktivis masyarakat.
Kebiasaanya, rakaman video yang dikongsikan oleh orang awam dirakam melalui Dashcam kereta atau direkod oleh orang awam yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian ini sering menimbulkan pelbagai reaksi.
Namun begitu, ada juga kebaikan daripada perkongsian yang dilakukan di media sosial mengenai pengguna jalan raya yang membuatkan kita lebih berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan semua pengguna.
Dua pelajar telah disaman
Satu video di laman TikTok tular yang memaparkan kisah dua remaja dipercayai masih bersekolah telah disaman seorang anggota trafik mendapat perhatian ramai.
Difahamkan, ada kemungkinan kedua-dua remaja lelaki tersebut ditahan ketika menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar.
Dalam rakaman video yang tular itu, mereka kelihatan akur dengan saman yang dikeluarkan anggota yang sedang bertugas di tempat kejadian.
Lepas saman sempat salam cium tangan
Apa yang mencuit hati adalah gelagat kedua-dua remaja lelaki itu yang patuh dengan saman yang dikeluarkan dan turut bersalaman dengan anggota yang bertugas ketika dihujung video itu telah mendapat reaksi warga maya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Areyaa Yahya itu telah ditonton hampir 500,000 pelayar dan mendapat hampir 20,000 tanda suka selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.
Malah ada yang berpendapat, sifat remaja yang beradab sopan itu juga mencerminkan peribadinya yang baik dan juga didikan yang bagus dari kedua ibu-bapanya mereka.
Ini antara komen-komen dari warga maga mengenai video itu :
“Dia boleh salam dgn hormat lg sbb dia x stress. bkn dorg bayar saman. bapak dorg jgk.”
“Mungkin polis tu cakap elok2 dan budak tu tahu salah dia dan memahami tugas polis tu…bags budak ni tetap menghormati orang yang lebih tua.”
Video yang tular di Laman TikTok :