Sijil kelahiran merupakan salah satu dokumen yang penting untuk setiap individu memandangkan ianya terdapat pelbagai butiran mengenai diri kita. Jadi tidak hairanlah ramai yang menyimpan dokumen tersebut di tempat yang selamat agar boleh digunakan pada masa akan datang.
Namun adakalanya ramai diantara kita yang terlupa dimanakah kita menyimpan dokumen berkenaan. Hal ini kerana kita lebih menggunakan kad pengenalan diri dalam sebarang urusan harian.
Sama seprti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu baru mengetahui nama sebenarnya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok iaitu @lylynrh, dapat kita lihat suasana riuh beberapa individu di salah sebuah rumah ketika berkumpul.
Difahamkan, pada awalnya mereka ingin mencari sesuatu namun terjumpa satu beg bimbit yang sudah 13 tahun tidak dibuka.
Selepas membuka beg tersebut, alangkah terkejutnya mereka apabila terjumpa surat beranak salah seorang mak cik yang digelar mak teh itu.
Apa yang lebih membuatkan ramai terhibur adalah, mak cik berkenaan selama ini ingatkan namanya adalah Hadiah, tetapi rupa-rupanya adalah Hapidah. Malah, kini usianya sudah pun 61 tahun selepas mengetahuinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat mereka apatah lagi dengan makcik tersebut yang menyangka selama ini namanya ‘Hadiah’.
“Dah 61 tahun jadi Hadiah, sekarang Hadiah surprise” – Netizen
Tidak cukup dengan itu, netizen sempat berseloroh mengatakan pasti makcik tersebut tertanya-tanya mengapa selama ini namanya ‘Hadiah’.
Antara komen wargamaya:
“Sebelum ni pakai nama hadiah ke”
“61 tahun mat mau riuh satu kampung HAHAHAHA”
“Hahahahaha entah siapa yang salah”
“Terbongkar rahsia nama hadiah HAHAHAHA mesti pening dulu fikir nama acik tu kenapa hadiah”
“Dah akad nikah macam mana cite.. hahaha”
“Typical adik beradik.. bila dah kumpul macam macam perangai keluar”
“Tak apa nama legend jarang2 orang guna nama hadiah”
“Entah2 nama sebenar aku Fatah Amin”
Video yang tular di TikTok: