Sejak sekolah diumum dibuka seperti biasa, yang paling pening sekali mestilah ibu bapa sebab kena layan macam-macam kerenah anak-anak mereka.
Terutama sekali ibu bapa yang ada anak sekolah rendah. Tambah pula baru nak masuk darjah 1. Ibu bapa pun layankan aje lah.
Beberapa hari lepas, tular seorang murid sekolah meluahkan kekecewaannya kepada ayahnya kerana tidak dilantik menjadi ketua kelas oleh guru kelas.
Menerusi video yang dikongsi oleh bapa murid lelaki tersebut, @mrjenbastik, anaknya itu mengadu ketika mereka di dalam kereta dalam perjalan pulang ke rumah.
Anaknya itu dalam nada sedih menzahirkan keinginnannya menjadi ketua kelas namun guru kelasnya tidak memilih dia tetapi murid lain yang dikenali sebagai Aqil Hasif.
Apa yang membuatkan ramai berdekah, murid lelaki tersebut siap meminta ayahnya untuk WhatsApp cikgunya agar pertimbangkan semula keputusan yang dibuat sebelum ini!
“Abang nak jadi ketua kelas. Cikgu tak pilih abang.”
“Abang takut dengan cikgu, WhatsApp la cikgu Zaim”, kata murid lelaki itu kepada ayahnya.
Ayahnya turut terhibur dengan perangai anaknya itu. Siap menggelarkan anaknya itu gila kuasa!
Video berdurasi 1 minit 2 saat itu telah mencuri perhatian ramai sehingga meraih jumlah tontonan sebanyak 924.9 ribu dan 62.2 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan murid lelaki itu. Mereka turut berseloroh untuk menggulingkan Cikgu Zaim jika murid ini tidak dilantik menjadi ketua kelas.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok
“Dik.. orang dulu menyorok time pilih ketua kelas.. 😂😂😂”
“Mohon Cikgu Zaim bubarkan kabinet lama😂”
“Mana aqil hasif tu ? Mohon dia letak jawatan skrg ..”
“Dik telah melawan hukum alam.. orang semua menyorok time pilih ketua kelas”
“Sy akn bawa perkara ini kpd ppd. harap aqif hasif diberi tindakan yg keras!”
“Blh buat usul undi tidak percaya Aqil Hasif tu dek…nnti kumpul tndatangan kawan2 ya! Klo x berhasil kita gulingkan Cikgu Zaim”
“See the confident level… Im so proud of u adik..satu hari nnti msti satu sekolah akan kenal kau dik”