Pengorbanan ibu dan bapa sememangnya tidak tandingan bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya tersenyum gembira.
Segala permintaan anak akan sedaya upaya dituruti mengikut kemampuan sendiri. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi seorang anak yang mendapat motorsikal mainan pada hari kelahirannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aziraramly, dapat kita lihat seorang budak perempuan sedang berdiri di atas kerusi untuk menyambut hari ulang tahunnya. Dapat juga kita lihat pelbagai juadan disediakan termasuklah kek hari jadi.
Dalam kemeriahan tersebut tiba-tiba datang sosok ayahnya daripada sebalik langsir membawa sebuah basikal mainan sebagai hadiah ulang tahunnya.
Namun apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila melihat reaksi budak perempuan itu yang terus menangis kegembiraan dan memeluk ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat reaksi anak perempuan ini malah mendoakan agar dia menjadi anak yang baik dan solehah satu hari nanti.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga kagum dengan kegigihan bapanya yang sedaya upaya ingin melihat anaknya tersenyum gembira di hari kelahirannya.
Antara komen warga maya:
“menangis saya bila ayah dia peluk dia”
“hilang penat ayah tu tengok anak dia gembira macam tu”
“perkara paling bahagia buat seorang ayah adalah saat mampu menggembirakan si anak”
“semoga adik ni jadi orang berjaya & berbakti kepada ibu bapa”
“dia tahu ayah dia susah cari duit”
“membesarlah menjadi kebanggaan ayah dan ibu”
Video yang tular di laman TikTok: