Connect with us

Viral

“30 tahun dulu ayah lari ke Malaysia,” Pensyarah Peluk Anak Terima Ijazah Di Pentas Buat Netizen Terharu

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.

Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.

Apa yang membuatkan majlis tersebut lebih bermakna adalah dengan kehadiran insan yang amat penting dalam hidup seperti ibu dan bapa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Safija apabila memeluk bapanya seusai menerima skrol Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Sains Politik mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, dia memeluk bapanya di atas pentas konvokesyen itu memandangkan bapanya adalah pensyarah di universiti tersebut.

Tidak cukup dengan itu, cerita disebalik kejayaan bapanya bergelar pensyarah turut menarik perhatian ramai kerana bukan berasal dari Malaysia.

Menurut Safija, 30 tahun lalu, bapanya iaitu Dr Spahic Omer merupakan seorang pelarian perang yang datang dari Bosnia.

Dengan usaha gigih yang dilakukannya, kini beliau merupakan salah seorang pensyarah yang duduk di bangku VIP sewaktu isitadat konvokesyen berlangsung.

Gadis ini juga mendedahkan bahawa bapanya sering sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat bagi meneruskan pengajiannya.

Video yang tular di platform Twitter:

“30 years ago my dad escaped the Bosnian war and came to Malaysia as a refugee. 30 years later he is an esteemed professor and was a VIP & was sitting on stage & witnessed me receive my First Class Degree in Political Science (with Honours).

“He weeped when we embraced.”

“So much positivity because of this tweet! thank you all so much for your kindness!

“My dad is my best friend in the whole entire world, he has been my biggest support during my studies & now in my career. i’d never be able to repay all that he’s done.

“Volim te zauvijek babo.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bangga dengan pencapaian gadis ini malah dalam masa yang sama terharu dengan pengorbanan ayahnya apatah lagi bila mengetahui perjuangan bapanya yang kini merupakan seorang pensyarah yang disegani ramai.

Berikut merupakan reaksi warga maya:

“MashaAllah only Allah knows the joy and how heart-touching this clip is!! many congratulations and barakah upon you my sister and your family”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.