Kita mendengar khabar gembira hari ini dari Keluarga adik Ainul Mardhiah apabila adik Ainul selamat menjalani pembedahan yang berisiko tinggi.
Kisah adik Ainul ini mendapat perhatian ramai setelah kisah penderitaannya tular di laman sosial. Orang ramai turut bersimpati dan mendoakan kesihatan adik Ainul kembali pulih.
Kisah adik Ainul ini dikongsi bapanya iaitu Ahmad Safiuddin Abdul Razak yang sentiasa berkongsi keadaan adik Ainul kepada seluruh rakyat Malaysia.
Penderitaan adik Ainul mendapat perhatian Dr Amalina Bakri yang telah lama menetap di luar negara sebagai doktor dan beliau berbesar hati untuk adik Ainul mendapat rawatan di luar negara.
Hari ini, sekitar pagi tadi kita dikhabarkan adik Ainul berjaya mengharungi pembedahan dan dalam keaddan stabil selepas pembedahan dijalankan.
Dr Amalina turut kagum dengan semangat adik Ainul yang berjaya menjalani pembedahan dengan jayanya.
Selain itu, kedua ibu bapa adik Ainul turut bersyukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar dan mereka tidak sabar menunggu adik Ainul kembali tersenyum.
Kedua ibu bapa Ainul turut berkongsi gamba adik Ainul yang terbaru untuk dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan adik Ainul .
Bapa adik Ainul turut berkongsi gambar comel adik Ainul kepada umum dan bersyukur kerana adik Ainul dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
Semoga adik Ainul terus sihat dan kembali sihat seperti sebelum ini dan mampu tersenyum kembali. Ramai rakyat Malaysia yang akan sentiasa mendoakan semoga adik Ainul terus sihat dan ceria.
Pingback: [VIDEO] Ainul Mardhiah Sudah Sedar, Ini Video Terbarunya Selepas Pembedahan | YOY Network