Connect with us

Viral

“Terima kasih untuk semua itu” Rasa Sedih Perancangan Gagal, Tiba2 Terima Mesej Luahan Ibunya Buat Ramai Sebak

Sebagai seorang anak, kita hendaklah sentiasa menghormati dan berbakti kepada ibu bapa kita.

Iospital phone repair gombak

Hal ini kerana ibu bapalah yang melahirkan kita, membesarkan kita dan telah cuba sehabis baik mereka untuk masa depan kita.

Begitu juga dengan kisah yang tular di laman Twitter baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang menerima mesej Whatsapp daripada ibunya.

Difahamkan pada asalnya, dia berasa sedih seharian kerana semua perancangan yang telah dibuat olehnya telah gagal.

Tiba-tiba, dia menerima mesej daripada ibunya itu dan berasa sangat terkesan dengan mesej yang diterimanya.

Berdasarkan ciapan yang telah dimuat naik oleh @Anepppppppppp, ibunya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana rajin membawanya keluar berjalan-jalan serta menunaikan hajat yang diinginkan.

“Sebenarnya hari ni saya seharian saya rasa sedih.

“Semua perancangan hari ni gagal. Baring je atas katil dari pagi. Entahlah. Macam-macam ada dalam kepala.

“Terkesan betul dengan Whatsapp Mak tengah malam tadi.

“Maaf sebab jauh. Maaf takda dengan Mak masa Mak tak sihat😢,” tulisnya dalam ciapan berkenaan.

Anep turut meluahkan rasa sebaknya menerusi ciapan tersebut dengan mengepilkan beberapa foto kenangan bersama ibunya.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, ciapan tersebut telah meraih sebanyak 103K tontonan, 619 retweet, 137 quote tweet, dan 2194 tanda suka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Anep yang meluangkan masa ibunya dan berusaha sedaya upaya membahagiakan ibunya.

Ada juga individu yang meluahkan bahawa mereka merindui ibu mereka yang berada di perantauan mahupun yang ssudah meninggal dunia.

Antara komen netizen:

Ciapan Twitter yang tular:

Continue Reading
Advertisement