Connect with us

Viral

“Terima kasih yang kecam tolong femeskan,” RXZ Ini Berjaya Dijual Dengan Harga 60K Dalam Masa 24 Jam

Betul la orang kata jika sudah minat, berapa sahaja harganya pasti akan dibeli. Rezeki tidak pernah salah alamat.

Siapa sangka selepas dikecam netizen oleh kerana menjual motor keluaran Yamaha RXZ dengan harga yang mahal, akhirnya lelaki ini berjaya menjual motorsikal tersebut dengan harga 60K.

Ramai yang mengetahui bahawa harga pasaran untuk motorsikal ini semakin melonjak kerana permintaan orang ramai yang boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit dari harga asal yang dahulunya hanya beberapa ribu sahaja.

Motorsikal yang dikeluarkan pada pertengahan zaman 80-an itu terkenal dalam kalangan peminat enjin dua lejang.

Walau bagaimanapun keluaran motorsikal ini telah ditamatkan oleh Yamaha pada tahun 2011. Namun itu yang membuatkan model ini menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai ‘rare.’

Menurut penjual motorsikal yang dikenali sebagai Joe itu berkata, dia telah menjual motor tersebut dengan harga 60K kepada seorang pembeli dari Kedah.

Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang membantunya berkongsi posting tersebut walaupun ramai yang mengecamnya kerana hal itu telah membuatkan posting tersebut tersebar sehingga dia mudah mendapat pembeli.

“Alhamdulillah syukur. rezeki Allah ini luas, jangan kita kecilkan ia. Rxz biru bohjan terjual dengan 60 k Pemberani dari kedah. Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewek.”

“Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada semua yang komen.. yg kecam tu kita rilek2 je kerana mereka lah yg tolong kita untuk femeskan posting kita. Senang cari buyer. Takde la sendu je tiada yg komen.”

“Bila dah jual mereka kata tu semua marketing je padahal kawan-kawan yang snap berlakon jadi buyer”

Tambah Joe, dia sudah lama berkecimpung dalam urus niaga ini jadi dia tidak kisah dengan apa-apa janji dia mendapt komisen.

“Joe dah lama jadi broka barang macam ni. dah tak kesah janji dapat komisen.”

Menurutnya lagi, dia juga tidak tahu mengapa harga motorsikal itu boleh pergi sejauh itu dan hanya orang yang tahu nilai sesebuah barang itu sahaja yang memahaminya.

“Barang-barang ini, saya sendiri pun tak terpikir dek akal kenapa harga dia macam tu. Orang yang main bidang tu sahaja yang tahu. bila pemintaan lebih banyak dari stock.

“Tu harga jadi tinggi. sama je benda lain, semalam kasut nike terjual 70k , 3 minggu lepas sebijik hotwheels terjual 20k dan baju bundle terjual 28k.”

“Bila kita tak duduk bidang tu kita memang fikir tak logik harga tu.. tapi yg kenal barang? Renung2kan” katanya di akaun Facebook.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.