Connect with us

Viral

Terjumpa Buku Jampi Dalam Beg ‘Preloved’ Dibeli Dari Pengasas Kosmetik, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Seram

Amalan jampi serapah tidak kiralah untuk perniagaan atau apa sekalipun tujuan sememangnya satu perbuatan syirik dan bercanggah dengan syariat islam.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah kisah dimana seorang wanita terkejut apabila menemukan satu buku berwarna merah jambu yang didalamnya penuh dengan jampi mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ninarichiiii, difahamkan dia membeli sebuah beg ‘preloved’ atau barangan terpakai daripada seorang pengasas kosmetik.

Namun, dia tidak menyangka apapila menjumpai sebuah buku yang luarannya tampak biasa akan tetapi di dalamnya penuh dengan jampi serapah.

Dia juga sempat membuat video dimana memaparkan dia membuka sebahagian helaian buku itu sekali gus kelihatan pelbagai ayat yang tidak diketahui maksudnya.

Saya jumpa buku jampi ni, milik seorang pengasas produk kecantikan. Pakai jampi rupanya gais. Banyak lagi rahsia,” tulisnya

Lebih membuatkan orang ramai menjadi ‘seram’ apabila Haslina memaklumkan bahawa pengasas berkenaan sudah meninggal dunia, namun dia tidak berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut.

‘Pemilik buku ni dah arwah. Saya terjumpa dalam beg tangan dia yang saya beli as preloved. MasyaAllah nauzubillah semoga kita semua terhindar dari syirik,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@ninarichiiii Buku JAMPI #founderkosmetikmalaysia #kosmetik #skincare #2ndwife #scary #unsecured #jampi #nakcantik #malaysia ♬ Scary Sounds – Bobby Cole

@ninarichiiii From my humble heart…#seram #skincare #beauty #kosmetik #cosmetic #founder #netizen #cantik ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berharap agar kita dihindari daripada segala perkara buruk dan tidak mengamalkan sebarang perbuatan yang bercanggah dengan ajaran islam.

Berikut merupakan komen warga maya:

“terbaca sikit pun aku dah naik bulu roma”

“macam mantera wehhh cik siti buka pintu lah bagai”

“orang tua2 zaman dulu mesti tahu jampi2 ni.. ”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.