Connect with us

Viral

“Terjumpa dalam almari kawan, saya dalam gambar tu” Wanita Jumpa Gambar Diikat Bunjut Kulit Ular

Perbuatan khianat atau cemburu sering berlaku dalam masyarakat kita. Begitu juga dengan amalan syirik yang masih dipercayai oleh segelintir masyarakat.

Santau, buatan orang, bomoh antara simbolik kepada amalan-amalan karut yang dikhuatiri mampu memesongkan akidah.

Jumpa gambar sendiri yang diikat pada sebatang ranting ros

Satu perkongsian tular di laman sosial Twitter yang mana seorang wanita telah berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi ini.

Perempuan ini telah terjumpa gambarnya di dalam almari milik kawannya semasa si kawan sedang pergi ke bilik air.

Curiga apabila terjumpa sebotol air yang keruh di dalam almari baju

Gambar wanita itu yang diikat dengan bungkusan plastik berwarna biru dan dilekatkan pada sebatang ranting bunga ros.

Kemudian, ikatan itu dimasukkan kedalam satu botol yang diisi dengan air yang dah keruh pada tahap suku.

Kulit ular, kemenyan dan darah turut ada di dalam botol itu

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat kulit ular, kemenyan dan darah di dalam bungkusan tersebut.

Selain itu, subang yang menjadi miliknya turut dikepilkan dan subang tersebut telah hilang sebelum ini.

Turut dijumpai subangnya yang hilang

Menurutnya lagi, ada kemungkinan bahawa kawannya itu memendam perasaan dengki dengan wanita tersebut.

Perbuatan tersebut didakwa untuk membuatkan hidup wanita itu susah dan simbolik sebatang ranting ros itu merujuk kepada perkara yang berkaitan cinta dan penyebab hati berkecai.

Mungkin perbuatan tersebut ada kaitan dengan perasaan dengki

Manakala, warna biru yang diikat pada ranting ros itu melambangkan kesedihan, kemurungan, putus harapan, emosi tidak stabil dan co-depency yang dikatakan dia takkan boleh lari dari perkara-perkara negatif di kelilingnya.

Bagaimanapun, kejadian ini telah berlaku di Afrika Selatan. Namun begitu, netizen dari Malaysia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku kepada wanita ini.

Netizen turut menasihati supaya setiap orang berhati-hati dengan orang yang dekat dengan kita.

Ramai yang terkejut kerana ia berlaku di luar negara

Malah ada netizen dari negara tersebut mengaku perbuatan santau di negara mereka memang kuat.

Namun begitu, ramai juga yang terkejut perkara karut turut berlaku di luar Malaysia dan tidak menyangka mereka turut mengamalkan perkara-perkara mistik ini.

Terdapat juga komen dari netizen yang turut mempertikaiankan perbuatan wanita tersebut yang dikatakan menceroboh privasi kawannya itu.

Semoga orang ramai berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi kepada wanita ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.