Mengamalkan hidup berjiran ini pokok pangkalnya haruslah bertimbang rasa dan tidak menyusahkan orang lain bagi mengelakkan bermasam muka antara salah satu sama yang lain. Walau bagaimanapun, ada segelintir jiran pada masa kini seolah-olah tidak memikirkan orang lain dan akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita warga Singapura meluahkan rasa pelik kerana pokok betik belakang rumah yang ditanamnya semakin ‘kurus’ malah ia juga belum sempat membuahkan hasil.
Untuk menjawab persoalan berkenaan, dia telah mengambil keputusan untuk memasang sebuah kamera litar bertutup (CCTV) bagi memantau keadaan pokok itu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @celest_ho di laman TikTok ini paparan rakaman CCTV yang diletakkan berdekatan pokok berkenaan.
Siapa sangka CCTV itu telah merakamkan kelibat seorang lelaki lalu mengambil beberapa helai daun pokok betiknya dan individu tersebut terus berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa ‘pelik’ dengan individu tersebut kerana hanya mengambil daun pokok betik itu sahaja. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan daun betik didakwa boleh merawat pelbagai penyakit seperti denggi, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Malah, mereka juga berseloroh menyuruh wanita ini meletakkan gambar cctv berkenaan untuk melihat reaksi lelaki itu.
Antara komen warga maya:
“sebab daun betik rebus dengan air boleh merawat denggi.. ada orang melayu guna untuk masak lauk tapi tak ramai yang tahu makan…”
“untuk tujuan perubatan… saya rasa dia faham jika awak meletakkan tanda di sana untuk meminta dia berhenti mengambil..”
“Daun sebenarnya sihat apabila awak merebusnya walaupun ia pahit tetapi saya pernah mendengar ia baik untuk gula darah tinggi..”
“cetak rakaman CCTV ini dan tampal di sebelah pokok betik atau gantung di seluruh pokok betik nanti lain kali dia balik tengok sure syok lol…”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: