Connect with us

Viral

Terkejut Tengok Keadaan Muka Lepas Teman Tunang Pergi Bundle, Akui ‘Down’ Kerana Tarikh Kahwin Sudah Dekat

Pemakaian pakaian bundle bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita hari ini malah kini ramai lebih gemar untuk ‘selam’ butik bundle kerana pakaiannya bukan sahaja mampu milik namun kebanyakkannya adalah ‘limited’.
Iospital phone repair gombak
Walaupun kini sudah ramai peniaga bundle menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan jualan seperti membuat live di laman TikTok, Shopee, Facebok dan Instagram.

Akan tetapi masih ramai pembeli yang lebih memilih untuk ‘walk in’ ke butik kerana bagi mereka ianya lebih memuaskan hati apabila dapat melihat kualiti pakaian itu dengan ‘mata kepala’ sendiri.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Eida Baharudin tidak menyangka kulit wajahnya bertukar menjadi kering dan mengelupas setelah pulang dari sebuah gedung pakaian terpakai (bundle) di ibu kota.

Memetik laporan mStar, wanita berusia 26 tahun ini juga terkejut melihat keadaan kulitnya menjadi semakin teruk selepas beberapa hari berkunjung ke kedai tersebut bersama tunang dan bakal kakak iparnya.

“Masa dalam kedai tu muka saya dah mula rasa gatal. Saya mula menggaru sikit-sikit saja sebab tak nak bagi make-up comot.”

“Kebetulan bakal kakak ipar tengok saya garu jadi dia tegur jangan buat macam tu nanti pedih. Lepas masuk kereta masa dah nak balik, saya rasa macam muka membengkak.”


“Bila tanya semua orang semua yang ikut sekali pergi bundle tu mereka okay saja. Balik rumah saya cuci muka macam biasa. Saya tengok muka dah merah dan bengkak. Saya biar saja tak buat apa dan terus tidur,” ujarnya

Pada keesokan harinya, Eida terkejut apabila melihat wajahnya di cermin yang dipenuhi bintik-bintik seakan-akan penyakit ‘pustular psoriasis’ pada dahi dan pipi sebelah kanan.

Keadaan ini membuatkan Eida bimbang apatah lagi memikirkan dia akan berkahwin pada Julai 2023.

“Mula-mula kena tu saya rasa gatal biasa macam kena gigit nyamuk pada seluruh wajah. Masa pergi sana pun saya tak ada cuba pakaian apa-apa. Saya cuma teman dia beli seluar saja.”

“Masa kena tu saya takut dan cuak sangat fikirkan tak sempat sembuh sebelum kahwin. Sebenarnya kulit saya baru saja pulih, sebelum ini ada masalah selama dua tahun. Tiba-tiba kena macam ni pula. Memang stres dan ‘down’,” ujarnya lagi.

anpa berlengah, Eida yang bekerja di sebuah syarikat syarikat swasta bergegas ke klinik di Taman Sri Gombak bagi mendapatkan rawatan.

Menurut doktor, Eida mempunyai alahan terhadap debu dan hama yang berkemungkinan hinggap pada dirinya ketika berada di bundle tersebut.

“Doktor cakap masalah kulit ni sebab alahan terhadap persekitaran bundle tu. Lagi pula kulit saya memang sensitif pada habuk.”

“Doktor ada bagi suntikan tapi saya kurang pasti untuk apa. Selain tu, saya dapat ubat untuk alahan dan gatal-gatal.”

“Sekarang saya dah semakin pulih cuma masih ada kesan dan sedikit mengelupas,” katanya lagi.

“Lepas video tu viral, ramai juga kongsikan pengalaman hadapi perkara sama.”

“Pertama kali jadi alahan teruk sampai macam ni sekali. Dulu saya datang mungkin sebab pakai mask (pelitup muka) jadi tak ada masalah.”

“Lepas ni kalau nak pergi bundle saya nasihatkan pakai mask supaya tak alami nasib sama macam saya. Kalau dah beli baju tu pun pastikan cuci dulu sebelum pakai,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@eidabaharudin2 Replying to @Caramel pudding 🍮 ♬ Flying (Two AM Music Global) – Oliver Stutz

Continue Reading
Advertisement