Disember lalu, banjir terburuk yang langsung tidak dijangka berlaku menyebabkan ramai orang tidak bersedia malah ada juga yang kehilangan keluarga tercinta, rumah, kereta dan harta benda yang lain dek kerana hanyut dibawa arus banjir.
Jika diaamati semula, bantuan pada ketika itu lambat tiba menyebabkan pelbagai kesukaran yang dihadapi namun majoriti daripada mangsa banjir berganding bahu membantu antara satu sama lain.
Turut terkesan dengan tragedi hitam tersebut, seorang pelakon iaitu Fikry Ibrahim membuat persediaan awal dengan membeli sebuah kereta model Ford Ranger mencuri perhatian ramai.
Fikry telah berkongsi gambarnya bersama keretanya itu di Instagram miliknya dan berharap bahawa kereta tersebut dapat memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan jika banjir berlaku.
Dia juga akui terkilan hanya dapat memeberikan sumbangan terhad pada mangsa banjir sebelum ini atas beberapa faktor.
“18 DEC 2021. Banjir di beberapa tempat termasuk Taman Sri Muda. Terkilan sedikit kerana hanya dapat memberi bantuan yang terhad atas beberapa faktor. InsyaAllah tahun ini kita akan lebih bersedia. Semoga semua rakyat Malaysia dilindungi Allah.” Ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan usaha dan niat baik Fikry Ibrahim dalam membantu mangsa banjir.
Netizen juga mendoakan agar segala urusan pelakon tersohor ini dipermudahkan hendaknya.
Antara komen warga maya:
“Alhamdulillah terbaik.. semoga Allah mudah, lancarkan gerak kerja awak dan team bila berlaku musibah ini nanti”
“Sampai sekarang masih trauma bila hujan.. bila hujan kami penduduk Taman Srimuda dalam keadaan berjaga2..”
“Tahniah.. semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain”
“Niat yang baik dari awal InshaAllah rezeki yang berkat dan baik dari Allah untuk awak”
“Alhamdulillah suka dengan niat itu.. bangga tengok kejayaan hang.. semoga terus berjaya dan inspirasi ramai orang”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: