Connect with us

Viral

Terkunci Dalam Kereta Sehingga Perlu Panggil Bomba, Anak Siap Berpesta Main Bedak Buat Ramai Terhibur

Anak-anak ini sememangnya mempunyai pelbagai telatah dan karenahnya yang tersendiri sehinggakan ada perkara yang dilakukan diluar jangkaan.

Acapkali kita dengar cerita di media sosial dimana anak-anak terperangkap di dalam kereta dek kerana kereta terkunci. Bahkan untuk anak yang masih kecil, mereka belum faham tentang arahan apatah lagi jika kita meminta dia untuk membuka pintu.

Jadi anak yang terperangkap akan menangis kerana takut berada di dalam kereta tersebut.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang anak ini sempat ‘berpesta’ di dalam kereta sewaktu kereta terkunci.

Ibu bapanya yang telah cuba sedaya upaya untuk meminta anak itu membuka pintu kereta akhirnya terpaksa meminta pertolongan ahli bomba.

Namun apa yang lebih melucukan adalah apabila pintu berjaya di buka, dia melihat kedua anaknya sakan bermain bedak sehingga habis satu badan berlumuran bedak.

Difahamkan anaknya yang sulung menaburkan bedak pada badan serta muka adiknya malah tempat duduk di bahagian belakang kereta juga penuh dengan bedak.

Video yang tular di laman TikTok:

@asyaazainall alhamdulillah selamat. laju abang bomba sampai 👍 habis satu botol bedak 😭 #fyp #RancakRaya #bomba ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

@asyaazainall Reply to @syasyagone._ ♬ Oh No – Kreepa

@asyaazainall Reply to @rexkeajib masa ni da call bomba tapi bomba tak sampai lagi 😂. diaorang enjoy main bedak 🤣 #fyp ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat anak lelakinya yang masih tidak berhenti bermain bedak walaupun pintu telah berjaya dibuka.

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak kering gusi melihat keadaan adiknya yang penuh dengan bedak daripada hujung rambut sehingga hujung kaki.

Berikut merupakan komen warga maya:

“orang semua risaukan dorang.. tapi dorang buat pesta bedak pulak..”

“boring kan dik.. sementara menunggu apa salahnya..”

“tak tahu nak gelak ke nak sedih.. tapi comel je keluar dari kereta.. macam orang berperang dekat dapur dah tu..”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.