Connect with us

Viral

Terlalu Aktif Bersukan, Remaja Pasrah Kini Testis Tinggal Sebelah Gara-Gara Tersimpul Sehingga Rosak

Bersukan adalah sangat penting untuk setiap orang agar kekal sihat namun jika dibuat secara berlebihan, ianya akan memberi ‘effect’ kepada badan dan kesihatan.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda terpaksa menahan perit pada bahagian kemaluannya selama beberapa tahun kerana terlalu aktif bersukan.

Menerusi sebuah video di laman TikTok, dia yang dikenali sebagai Irfan Musa,17, sempat merakam bagaimana dia terlantar di atas katil wad hospital sementara menunggu masa untuk ditolak masuk ke dewan bedah bagi membuang testis kirinya.

Memetik laporan mStar, dia menceritakan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan pada mulanya dia hanya ‘tersilap langkah’ ketika bermain lontar peluru.

“Ia bermula ketika saya dekat sekolah menengah, tahun 2019… saya aktif bersukan. Saya main lontar peluru dan waktu nak lari tu saya macam tersilap langkah.”

“Lepas tu terus rasa senak dekat kemaluan sampai tak boleh jalan. Tapi sebab saya ingat sakit biasa, lama-lama nanti hilang, jadi saya tak pergi klinik untuk buat pemeriksaan.”

“Sakit dia tu jadi on-off. Kadang apabila dia datang tu nak buang air kecil pun sakit, sampai keluar darah. Akhirnya saya pergi klinik biasa untuk minta tengokkan,” kata Irfan

Namun begitu, doktor di klink juga tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan yang dialami Irfan di bahagian kemalauannya dan hanya mampu memberikan saranan secara umum.

“Doktor cakap mungkin sebab telur saya terpusing. Doktor pun tak pasti sangat sebab apa sakit tu. Keluarga saya pun anggap tu sakit biasa je.”

“Dia cuma cakap dekat saya kalau sakit tu kembali terus datang klinik. Tapi saya biar je. Kalau sakit tu datang, saya akan tidur nanti apabila bangun dah okay,” ujar Irfan.

“Sejujurnya saya takut nak jumpa doktor sejak zaman kanak-kanak. Saya takut jarum.”

“Sebab tu saya lagi rela tahan sakit selama hampir empat tahun daripada pergi ke klinik atau hospital.”

“Cuma lepas insiden bulan Disember tahun lepas yang saya terpaksa beranikan diri pergi ke hospital juga,”

Menurut Irfan yang sedang menyambung pengajian di Kolej Vokasional Muar, Johor, dia sedang bergurau senda apabila rakannya secara tidak sengaja menendangnya di bahagian kemaluan.

“Waktu dekat asrama saya tengah main-main dengan kawan saya. Tiba-tiba dia tertendang saya di bahagian kemaluan yang memang selama ni tengah sakit.”

“Lepas kena tendang tu memang sakit yang amat. Saya pergi ke hospital naik van sekolah dan terus dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Waktu tu memang dah teruk.”


“Doktor buat ultrasound check semua. Apabila tengok rupanya testis saya yang belah kiri tu dah tersimpul (testicular torsion), kalau ikut doktor dia cakap dah busuk telur tu.”

“Sebab empat tahun saya biar, doktor cakap memang kena buang yang dah mati tu. Yang testis belah kanan dia kena ikat supaya tak bergerak lagi. Testis saya sekarang tinggal satu je.”

“Tapi saya bersyukur doktor cakap sistem reproduksi saya masih boleh berfungsi. Jadi kalau nak kahwin nanti saya masih boleh dapat zuriat,” cerita Irfan sedikit lega.

“Saya memang tak tenang duduk dalam tu. Dah la saya fobia dengan klinik dan tempat macam hospital ni sebab ada jarum.”

“Nasib baik keluarga saya datang dan berikan saya semangat. Kalau tengok dekat TikTok saya tu, saya siap buat video minta maaf dan minta doa dari kawan-kawan agar dipermudahkan semuanya.”

“Sampai macam tu sekali takut dan sedih saya. Tapi Alhamdulillah selepas tu semuanya berjalan lancar,”

“Nak pulih ambil masa dalam tiga minggu juga selepas pembedahan. Apabila nak buang air kecil atau besar, saya tak boleh teran dan dia akan rasa kebas” ujar Irfan menjelaskan keadaannya.

Irfan sempat berkongsi bagaimana selepas dia kehilangan sebelah testisnya, dia menjadi bahan ejekan dan jenaka rakannya.

“Kawan saya dekat asrama tak ada masalah. Tapi kawan saya dekat luar memang hina saya habis-habisan.”

“Mereka panggil saya orang kelainan upaya (OKU) sebab bahagian kemaluan saya dah tak sempurna. Mereka tak bagi saya berkawan dengan mereka sebab mereka kata saya special.”

“Saya memang terasa hati pada mulanya tapi mak saya minta saya bersabar dan jangan hiraukan mereka,” kata Irfan cuba cekalkan hati.

“Jangan jadi macam saya tunggu lama sangat sampai dah kronik dan sebelah testis kena buang.”

“Pergi jumpa doktor cepat agar langkah rawatan awal dapat diambil sebelum terlambat,” kata Irfan mengakhiri bicara.

Continue Reading
Advertisement