Connect with us

Selebriti

“Terlalu banyak tekanan,” Ikon Hijab Hana Tajima Umum Tidak Lagi Bertudung

Umum mengetahui, Hana Tajima adalah fashion muslim designer ternama dunia yang berasal dari United Kingdom.

Designer ini memang mengambil jurusan fashion hingga akhirnya benar-benar terjun ke dunia fashion secara profesional.

Bukan itu sahaja, malah fesyen yang dicetuskan olehnya telah mengubah cara pemakaian tudung bagi para wanita berhijab serta memberi pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dunia.

Namun bagaimana pun, kini Hana memberitahu bahawa dia sudah tidak lagi memakai hijab menerusi satu perkngsian di laman Instagram miliknya.

Mengakui bahawa ianya topik yang sukar untuk dibincangkan namun Hana sudah memikirkan perkara berkenaan dalam waktu agak lama.

“Jadi inilah saya. Sukar untuk saya bincangkan mengenai perkara ini dan saya rasa berbolak balik tentangnya. Tapi izinkan saya untuk terangkan secara terbaik.”

“Apabila saya menutup rambut saya, saya tak selalu tutup telinga atau leher. Saya tak selalu tutup rambut saya dengan sepenuhnya.”

Mengulas lanjut, Hana juga mengatakan bahawa dia sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab.

“Saya faham kenapa model hijab di media sosial membuat keputusan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan.

“Kesempurnaan yang begitu teliti sehinggakan kamu bertanya ‘Adakah saya buat perkara ni untuk pastikan orang lain gembira?'”

“Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung. Saya percaya bahawa sejauh mana kita menjadi Muslim, memakai tudung dapat tumpuan yang lebih daripada yang sepatutnya.”

Dikatakan, dia juga cuba ‘ignore’ segala pendapat yang mengatakan bahawa bertudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan dan pereka fesyen berdarah kacukan Inggeris-Jepun ini lebih memilih untuk sentiasa menghargai dirinya lebih daripada segalanya.

“jadi, tolong lah fikirkan perkara itu secara ikhlas sebelum kamu menaip atau memberitahu seseorang mengenai penampilan mereka.”

Video penuh di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hana Tajima (@hntaj)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.