Seperti yang kita sedia maklum, Bunga Citra Lestari telah kehilangan suami tercinta yang juga seorang pelakon Ashraf Sinclair.
Melihat kepada kedukaan di raut wajah Bunga, pastinya kehilangan suami tercinta adalah perkara yang sangat berat untuk laluinya.
Bunga memuat naik satu posting menyentuh hati
Setelah sekian lama tidak memuat naik posting di Instagram beliau, Bunga memuat naik satu gambar bewarna hitam.
Beliau turut menulis kapsyen luahan perasaan beliau bersama peminatnya. Kapsyen yang menyentuh hati ini telah mendapat lebih satu juta tanda suka dari pengikutnya.
Memberi kata-kata nasihat kepada peminatnya
Balu kepada Allahyarham Ashraf ini turut memberi kata nasihat kepada peminatnya untuk menyayangi pasangan mereka dengan kesempatan yang masih ada.
Menurut beliau lagi, setiap masa itu sangat berharga.“Terlampau banyak Kehilangan. 2020 memang berbeza”.
“Lets take care of each other, Lets love each other.Nikmati moment yang dipunya”.
Waktu sangatlah berharga
Sementara itu, beliau turut berkongsi nasihat supaya setiap pasangan menghargai masa yang ada dan mencintai satu sama lain.
“Mencintai. Memberikan kasih dengan orang yg dicinta. Karena kita tahu, waktu sangatlah berharga. Love, BCL,” tulisnya.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat di ruangan komen kepada Bunga untuk terus cekal dan tabah.
Allahyarham Ashraf turut meninggalkan seorang anak lelaki
Allahyarham Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu di negara ini meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Sementara itu, Allahyarham Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Semoga Bunga Citra Lestari dan keluarga tabah dengan kehilangan Allayarham Ashraf Sinclair.